Tuesday, August 9, 2016

BANDAR RAYA SUTERA WUJIANG MEMPROMOSIKAN BANDAR QIPAO DI BEIJING


BEIJING, China, 8 Ogos (Bernama) --  

Persidangan Penggalakan Bandar Qipao Wujiang China dan persidangan media bagi Pertandingan Reka Bentuk Seni Bina Antarabangsa yang ditaja oleh Kerajaan Daerah Wujiang dan dianjurkan oleh Jawatankuasa Pentadbiran Bandar Raya Baharu Tasik Taihu Wujiang dan Jawatankuasa Pentadbiran Resort Ekopelancongan Tasik Taihu Timur Wujiang telah berlangsung dengan jayanya di Beijing pada 3 Ogos. Dengan temanya yang membawa ke hadapan budaya tradisional dan mewarisi seni ketukangan, persidangan ini telah menghantar jemputan kepada para arkitek yang cemerlang dari dalam dan luar negara untuk mereka bentuk bangunan-bangunan teras di Bandar Qipao bagi tujuan memilih reka bentuk yang terbaik yang menggabungkan unsur-unsur Qipao dengan ciri-ciri seni bina kontemporari.

Bandar Qipao terletak di tengah-tengah kawasan pusat bandar Wujiang, yang telah melahirkan ramai sarjana kraf sutera yang terkenal, termasuk Fei Dasheng, "Ibu Sutera", Qian Xiaoping, pewaris warisan kebudayaan tidak ketara negara bagi broked Song dan Zhu Hongsheng, "Kamus Bergerak bagi Sekolah Shanghai bagi Qipao". Pengeluaran tekstil sutera telah menjadi industri yang terkemuka di Wujiang dengan kapasiti pengeluaran membabitkan ratusan bilion Yuan. Eksport produk bagi suteranya mencakupi 1/6 daripada jumlah keseluruhan negara. 

No comments:

Post a Comment