Thursday, August 18, 2016

UNIONPAY HCE QUICKPASS MUDAH ALIH DILANCARKAN DI MACAU

SHANGHAI, China, 18 Ogos, 2016 /Xinhua-AsiaNet/--
 
UnionPay International dan ICBC mengumumkan secara bersama pada 17 Ogos, bahawa mereka akan melancarkan UnionPay HCE QuickPass mudah alih di Macau. Ini adalah kad kredit mudah alih yang pertama diperkenalkan di pasaran. Pelanggan yang memiliki kad UnionPay (nombor kad bermula dengan 62) yang dikeluarkan oleh ICBC Macau akan menjadi pelanggan yang pertama untuk menikmati perkhidmatan pembayaran mudah alih yang selamat dan mudah ini.
 
Sebagai jenama pembayaran mudah alih UnionPay yang baharu, QuickPass mudah alih membolehkan pembayaran tanpa sentuh luar talian dengan peranti mudah alih, yang dipakai dan kad cip UnionPay, dan ia juga menyokong pembayaran dalam talian. UnionPay QuickPass mudah alih serasi dengan pelbagai jenama telefon mudah alih, termasuk Huawei, MI, ZTE dan Lenovo. Dengan mengamalkan kunci dinamik dan tokenization iaitu proses menggantikan elemen data sensitif dengan yang bersamaan bukan sensitif, yang dirujuk sebagai token, QuickPass mudah alih mengelak daripada menunjukkan nombor kad yang sahih semasa urus niaga, dan maklumat urus niaga disimpan di dalam rangkaian pengeluar dan UnionPay, sekali gus menjamin keselamatan pembayaran.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9224

No comments:

Post a Comment