Tuesday, August 9, 2016

GENIEE MEMBENTUK GABUNGAN MODAL DAN PERNIAGAAN DENGAN ADPUSHUP, PERKHIDMATAN PENGOPTIMUMAN PENDAPATAN PENGIKLANAN YANG MENINGKATKAN PENDAPATAN MEDIA SEBANYAK 69%

Melancarkan penawaran eksklusif di Jepun dan Asia Tenggara 

TOKYO, 8 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Geniee, Inc. (Ibu Pejabat: Shinjuku-ku, Tokyo; Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif: Tomoaki Kudo; kemudian daripada ini, "Geniee") mengumumkan bahawa ia telah memeterai satu kontrak pelaburan dengan AdPushup, Inc. (Ibu Pejabat: Delaware, Amerika Syarikat; pengasas bersama Atul Agarwal dan Ankit Oberoi; kemudian daripada ini, "AdPushup"), sebuah pembekal produk pengoptimuman pendapatan pengiklanan yang disasarkan kepada  penerbit web dan syarikat-syarikat media dalam talian di seluruh dunia.  

Tujuan pelaburan itu


Pelaburan ini bertujuan untuk mengintegrasikan penyelesaian Geniee, yang direka untuk memaksimumkan pendapatan pengiklanan bagi penerbit media Internet, dengan keupayaan pengoptimuman pendapatan berasaskan paparan AdPushup, dan menyediakan perkhidmatan yang digabungkan kepada pengguna di Jepun dan Asia Tenggara di mana Geniee SSP ("Platform Bahagian Penawaran") digunakan. Ini dijangka akan meningkatkan lagi pendapatan pengiklanan paparan bagi penerbit di rantau itu.

No comments:

Post a Comment