CINCINNATI, 5 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Bioline, Syarikat PCR, anak syarikat milik penuh
Meridian Bioscience, Inc. (NASDAQ:VIVO) berbangga untuk mengumumkan bahawa
kemudahan R&D London dan pengilangan Berlin kini diiktiraf sepenuhnya
memenuhi standard kualiti ISO 13485.
Bioline mengiktiraf kepentingan pematuhan kepada sistem
pengurusan kualiti dalam pembangunan, pengilangan dan pembekalan komponen ujian
kepada arena diagnostik molekul. Kami komited untuk mengukuhkan perhubungan
kami dengan memenuhi standard kualiti keperluan rakan kongsi perindustrian kami
dalam usaha mereka mencapai pensijilan ujian. Oleh itu, Bioline berbesar hati
untuk mengumumkan kemudahan pengeluaran kami di Berlin dan kemudahan penyelidikan
di London kini disahkan memenuhi standard kualiti ISO 13485. Rangkaian
perkhidmatan perindustrian lengkap kami merangkumi pembangunan cerakin khas,
bekalan pukal komponen ujian, sokongan pengesahan dan label pengilangan
persendirian OEM.
No comments:
Post a Comment