SHANGHAI, 21 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Ekspo IE Guangzhou 2016, yang dianjurkan bersama
oleh Persatuan Guangdong bagi Industri Perlindungan Alam Sekitar (GAEPI), Messe
München GmbH, dan Messe Müenchen Zhongmao Co., Ltd., akan diadakan dari 24
November hingga 26 November, 2016 di Kompleks Pameran Import & Export
China, yang meliputi enam kategori produk utama untuk air, udara, bahan
buangan, tanah, peranti pemantauan dan perkhidmatan alam sekitar. Tahun ini,
acara itu dijangka akan mengumpulkan kira-kira 300 pempamer dan 20,000 pelawat
perdagangan, yang hampir dua kali ganda saiznya berbanding tahun lepas.
Di samping itu, sebuah pavilion Korea berukuran 200m2 akan membuat kehadiran sulung untuk mempamerkan teknologi alam sekitar terkini dari Korea. Lebih banyak syarikat utama di peringkat antarabangsa telah mengesahkan untuk hadir, seperti Optex, Brentwood Industries, Emerson, dan Kubota. Senarai penuh pempamer boleh diperolehi di sini, dan gambaran keseluruhan peta lokasi di sini.
No comments:
Post a Comment