KEMAMAN, 14 Okt (Bernama)
-- Lebih 400 orang peserta terdiri daripada agensi-agensi kerajaan,
sektor swasta, guru-guru dan wakil-wakil masyarakat Kemaman hadir pada forum
Komuniti Pintar Kemaman yang berlangsung pada 6 Oktober lalu.
Forum komuniti pintar tersebut yang dianjurkan secara bersama oleh
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Pejabat
Daerah dan Tanah Kemaman (PDTK), Majlis Perbandaran Kemaman dan Pejabat
Pendidikan Daerah (PPD), bertujuan untuk menguar-uarkan inisiatif Komuniti
Pintar Kemaman yang telah dilaksanakan di samping berkongsi maklumat-maklumat
program serta kemudahan di bawah inisiatif berkenaan ke arah merangka
pembangunan daerah Kemaman yang lebih baik.
No comments:
Post a Comment