MCLEAN, Va. dan NEW YORK, Oct 25 (Bernama-GLOBE
NEWSWIRE) --LDiscovery, LLC, pembekal perkhidmatan eDiscovery
yang didayakan teknologi dan Corporate Risk Holdings, LLC, peneraju global
dalam perkhidmatan risiko dan maklumat pelbagai serta syarikat induk bagi Kroll
Ontrack, hari ini mengumumkan satu perjanjian pembelian muktamad di mana
LDiscovery akan mengambil alih Kroll Ontrack dalam urus niaga yang melibatkan
tunai sepenuhnya yang bernilai kira-kira $410 juta. LDiscovery ialah sebuah
syarikat portfolio The Carlyle Group dan Revolution Growth.
Organisasi gabungan yang memberikan khidmat kepada 12,000 pelanggan di seluruh dunia, merangkumi sebahagian daripada institusi kewangan terbesar di dunia, syarikat Fortune 1000 dan 100 firma Am Law, akan memiliki pejabat di 19 buah negara dengan tenaga kerja kira-kira 1,300 orang di seluruh dunia.
No comments:
Post a Comment