Saturday, November 12, 2016

CDC Hulur Bantuan Kepada Hospital Sultanah Aminah

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Commerce Dot Com Sdn Bhd (CDC), pembangun sistem perolehan elektronik untuk kerajaan Malaysia, tampil menghulurkan sumbangan kepada Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bharu susulan kebakaran di Unit Rawatan Rapi (ICU) yang mengorbankan enam pesakit pada 25 Okt lalu.

Menurut kenyataan CDC hari ini, sumbangan itu berupa kain sarung, kain batik, air mineral, selimut dan tisu basah untuk manfaat pesakit, pekerja dan sukarelawan.

Ia disampaikan wakil CDC cawangan Johor, Nurul Aieen Mohd Bahter kepada Timbalan Pengarah HSA (Pengurusan) Sarinah Apisah.

CDC berkata bantuan kepada HSA, pengguna sistem ePerolehan bagi pembelian bekalan dan perkhidmatan perubatan, merupakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat itu.

Mereka yang terkorban ialah K. Logeswaran, 20, Choo Lin Fung, 37, Toh Ah Wah, 60, Yusof Hassan, 53, M. Kaliama, 23, dan C. Neeramala Devi 24.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/newsindex.php?id=1301423

No comments:

Post a Comment