KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Putra Business School (PBS) Universiti
Putra Malaysia (UPM) bekerjasama dengan Knowledgecom Corporation Sdn
Bhd (KCSB) untuk mengendalikan program Ijazah Sarjana Pentadbiran
Perniagaan (Pengurusan Awam) dan pensijilan SAP.
PBS dalam satu kenyataan di sini semalam berkata kerjasama itu dicapai
menerusi Perjanjian Perkongsian dan Kerjasama yang ditandatangani PBS
dan KCSB pada 24 Nov lalu.
"KCSB ialah syarikat khusus bertujuan meningkatkan kemahiran tenaga
kerja melalui latihan dan mentauliahkan pelajar universiti awam dan
swasta serta graduan baharu.
"Sementara itu, SAP pula adalah pemimpin penyelesaian perniagaan di dunia dan bertapak di lebih 50 negara," kata kenyataan itu.
PBS menerima akreditasi berprestij Association to Advance Collegiate Schools of Business (AACSB) pada 2012.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment