KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Tesco Stores (Malaysia) dan
Yayasan PINTAR memberi komitmen untuk mengambil 59 sekolah yang kurang mempunyai
kemudahan sebagai anak angkat.
Program tiga tahun itu bagi memperkasa kehidupan pelajar
melalui penyediaan pendidikan berkualiti, kesedaran tentang kesihatan dan
pemakanan serta aktiviti kehidupan lebih hijau.
Dalam kenyataan hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif Tesco
Malaysia Paul Ritchie berkata Tesco Malaysia memperuntukkan RM1.5 juta bagi
tahun pertama program itu untuk membantu 54,000 kanak-kanak di sembilan negeri
Semenanjung Malaysia.....
No comments:
Post a Comment