KUALA LUMPUR, Malaysia, 22 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) --
Sempena memperingati hari Pocky pada 11 November, pengeluar makanan
Jepun Ezaki Glico Co., Ltd. (Osaka, Jepun) telah melancarkan "Kempen PEMBILANG SENYUMAN hari Pocky"
pada bulan November lalu, dengan meminta peserta untuk mengumpul
senyuman. Kempen tersebut telah diaktifkan di Jepun, China, Taiwan,
Indonesia, dan Malaysia di mana Pocky, satu daripada biskut coklat Jepun
yang paling popular meraikan ulang tahunnya ke-50, dinikmati secara
meluas.
Hari ini, Glico telah mengumumkan bilangan jumlah
senyuman yang dikumpul melalui kempen itu. PEMBILANG SENYUMAN telah
mengumpulkan 447651 senyuman! Dengan mesej jenama
"Berkongsi Keriangan!" Pocky menggalakkan orang ramai untuk berkongsi
keriangan dan kelazatan dengan keluarga dan rakan-rakan mereka. Hari
Pocky 2016 adalah percubaan pertama oleh Pocky untuk membawa mesej
jenama itu ke luar Jepun. "PEMBILANG SENYUMAN hari Pocky" telah dicipta
untuk bukan hanya mengumpul senyuman tetapi juga bagi mendapatkan dunia
untuk memahami bagaimana mudah dan menyeronokkan untuk berkongsi
keriangan!
Laman web rasmi bagi "Kempen PEMBILANG SENYUMAN hari Pocky"
mempunyai sebuah "PEMBILANG SENYUMAN" yang mengira jumlah bilangan foto
senyuman secara tepat masa di Facebook peserta (Weibo di China) yang
dikumpul sepanjang kempen itu. Terdapat beberapa acara untuk menikmati
PEMBILANG SENYUMAN dan bagi meraikan hari Pocky sedunia yang pertama di
beberapa buah negara yang telah menarik ramai orang.
Langkah
pertama Pocky untuk memperkenalkan hari Pocky kepada dunia telah
berjaya. Jenama itu akan meneruskan usaha mereka untuk melibatkan diri
dengan orang ramai di seluruh pelusuk dunia dengan konsep sejagat
Berkongsi Keriangan!
11 November adalah hari Pocky dan Pretz di Jepun
Ezaki
Glico disambut pada 11 November sebagai "Hari Pocky dan Pretz” di Jepun
yang telah disahkan oleh Persatuan Ulang Tahun Jepun. Pocky ialah
sejenis biskut coklat khas berbentuk kayu. Oleh kerana bentuknya yang
menyerupai nombor "1," hari Pocky dan Pretz dimulakan pada 11 November,
Heisei 11 (nama 1999 era Jepun), pada suatu hari yang bertuah apabila
nombor "1" dijajarkan sebanyak 6 kali. Kempen itu diadakan setiap tahun
ketika musim luruh untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada pelanggan
kami.
Maklumat mengenai Pocky
Pocky – yang
juga dikenali sebagai Mikado di Eropah - telah dibangunkan apabila idea
dikemukakan untuk menyalutkan Pretz yang sudah popular, sejenis snek
batang seakan pretzel dengan coklat. Pada mulanya, batang itu dicelup
secara manual dengan membiarkan bahagian yang tidak bersalut pada satu
hujung supaya ia boleh dipegang tanpa perlu risau tentang hujung jari
menjadi kotor. Ketika permintaan menjadi semakin meningkat, pemprosesan
secara manual bagaimanapun tidak lagi dapat memenuhi permintaan.
Berikutan itu, inovasi dan kreativiti jurutera-jurutera dengan
bersemangat telah membangunkan sebuah kilang pembuatan "Glico-Asal".
Pocky di Seluruh Dunia - 500 Juta Kotak di 30 Negara!
Glico
sedang memperluaskan perniagaannya dengan pesat di seluruh dunia,
terutamanya di rantau ASEAN. Pocky adalah merupakan pelopor dan teras
bagi pertumbuhan ini. Dengan 500 juta kotak dijual di kira-kira 30 buah
negara, Pocky kini menjadi sebuah jenama yang dicintai di dunia.
Maklumat mengenai Ezaki Glico
Sejak
pelancaran karamel Glico yang diperkaya dan berkhasiat pada tahun 1922
dalam kotak merahnya yang tersendiri, aktiviti perniagaan Ezaki Glico
Co., Ltd. itu telah mematuhi falsafah korporatnya "Mempertingkatkan
Kesihatan Awam Melalui Makanan." Pada ulang tahun ke-70 Kumpulan Glico
pada tahun 1992, semangat dan dedikasi yang sama telah digabungkan ke
dalam falsafah korporat yang disemak semula "Keseronokan Hidup dalam
Citarasa Terbaik."
Karamel Glico – produk pertama syarikat itu –
menggabungkan kreativiti berinovatif oleh Encik Ri-ichi Ezaki, pengasas
syarikat itu. Sejak di peringkat awal lagi, seluruh kakitangan telah
juga dengan sepenuh hati dan ikhlas berdedikasi untuk meningkatkan
kesihatan dan kualiti kehidupan rakyat. Ini telah membawa kepada
perkembangan perniagaan melampaui bidang konfeksi untuk memasukkan
produk ais krim, makanan yang diproses, pencuci mulut, produk susu, susu
bayi, bahan-bahan makanan, dan bahan-bahan mentah bagi produk kosmetik
dan kesihatan.
Galeri Foto/ Multimedia Boleh Diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51527570&lang=en
Hubungi
Hubungan Media:
Ezaki Glico
Perhubungan Awamkoho-hodo@glico.co.jp
atau
Milk PR
Rhema Moses
E-mel: rhema.moses@milkpr.com.my
Telefon Bimbit: 012.883.0225
Sumber: Ezaki Glico Co., Ltd.
No comments:
Post a Comment