SAN FRANCISCO, 14 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- (Elastic{ON}17) -- Elastic, syarikat di sebalik sumber terbuka Elastic Stack (Elasticsearch, Kibana, Logstash dan Beats), sambungan komersil X-Pack, dan Elastic Cloud,
mengumumkan bahawa ia telah melepasi tanda 100 juta muat turun dan
mendedahkan sebuah tatasusunan bagi produk baharu. Meningkat daripada 50
juta muat turun setahun yang lalu dan 20 juta pada tahun sebelumnya,
detik penting ini menjadikan Elastic sebagai salah satu daripada
penyedia perisian perusahaan sumber terbuka yang paling berjaya. Produk
Elastic menyelesaikan dan dibenamkan dalam kes penggunaan misi kritikal
seperti carian aplikasi, pengelogan, analisis keselamatan, analisis
metrik, analisis pengoperasian serta turut digunakan untuk membina
aplikasi data masa sebenar dan boleh skala.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9844
No comments:
Post a Comment