SHENZHEN, China, 20 Mac (Bernama-GLOBE
NEWSWIRE) -- Makeblock Co., Ltd, syarikat baharu
pendidikan STEM dan robotik, hari ini mengumumkan ia telah menyelesaikan
pusingan Siri B $30 juta dengan penilaian $200 juta yang diketuai oleh
Evolution Media China dan Shenzhen Capital Group Co., Ltd. Pendanaan tersebut
menyokong perluasan ke dalam pasaran baharu, melanjutkan pembangunan produk dan
kepelbagaian sumber perkakasan, perisian dan kurikulum pendidikan STEM untuk
pendidik, kanak-kanak dan penggemar hobi.
Ditubuhkan pada tahun 2011 (ditubuhkan sebagai syarikat pada tahun 2013), Makeblock ialah platform pembelajaran pembinaan robotik DIY dan pengaturcaraan terkemuka bagi pembuat, penggemar hobi, pelajar STEM dan pendidik. Makeblock menyediakan lebih daripada 500 bahagian mekanikal dan modul elektronik yang mudah digunakan, perisian pengaturcaraan grafik dan kursus untuk merealisasikan idea dengan mudah. Setelah menarik hati lebih daripda 1,000,000 orang pembuat, pelajar dan pendidik di lebih daripada 140 negara dan semakin bertambah, Makeblock ialah satu daripada syarikat robotik terkemuka yang sedang membuat perubahan, dengan matlamat untuk membuka bidang ini kepada semua orang pada semua tahap kemahiran.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9863Ditubuhkan pada tahun 2011 (ditubuhkan sebagai syarikat pada tahun 2013), Makeblock ialah platform pembelajaran pembinaan robotik DIY dan pengaturcaraan terkemuka bagi pembuat, penggemar hobi, pelajar STEM dan pendidik. Makeblock menyediakan lebih daripada 500 bahagian mekanikal dan modul elektronik yang mudah digunakan, perisian pengaturcaraan grafik dan kursus untuk merealisasikan idea dengan mudah. Setelah menarik hati lebih daripda 1,000,000 orang pembuat, pelajar dan pendidik di lebih daripada 140 negara dan semakin bertambah, Makeblock ialah satu daripada syarikat robotik terkemuka yang sedang membuat perubahan, dengan matlamat untuk membuka bidang ini kepada semua orang pada semua tahap kemahiran.
No comments:
Post a Comment