Monday, March 20, 2017

​IMIMOBILE MENANDATANGANI PERJANJIAN RANGKA KERJA GLOBAL DENGAN TELENOR GROUP


LONDON, 17 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- IMImobile (LSE:IMO), iaitu sebuah penyedia perisian dan penyelesaian komunikasi awan, hari ini mengumumkan bahawa ia telah menandatangani Perjanjian Rangka Kerja Global dengan Telenor Group berikutan proses tender yang kompetitif.

Di bawah perjanjian itu, IMImobile akan membekalkan Platform Penghantaran Perkhidmatan Digital awan, Sistem Pemayaan VAS (Perkhidmatan Nilai Tambahan) dan perkhidmatan kepada Unit Perniagaan Telenor merentasi seluruh Telenor Group. Platform ini akan diguna pakai dalam persekitaran awan yang selamat, dan akan menyokong visi jangka panjang Telenor untuk memayakan keupayaan rangkaian serta meningkatkan keberkesanan perniagaan terasnya.

Telenor Group merupakan salah satu operator mudah alih yang terkemuka, yang menyediakan perkhidmatan jarak jauh, data dan media untuk 214 juta pelanggan dalam 13 pasaran meliputi Scandinavia, Eropah Tengah dan Timur, serta Asia.

Nitin Gupta, Aplikasi Perniagaan Pakar Kumpulan Kanan, di Telenor Group berkata: “Sepanjang proses tender, IMImobile telah berjaya menunjukkan bahawa Platform Penghantaran Perkhidmatan Digital dan produk Pemayaan VAS-nya memenuhi kriteria kami untuk meningkatkan penggunaan perkhidmatan digital merentasi seluruh Kumpulan. Kerjasama ini akan membolehkan Telenor Group bertindak balas terhadap permintaan besar untuk mengubah dan mengoptimumkan proses perniagaan kami secara digital, lalu memberikan penghantaran perkhidmatan yang lebih cepat dan cekap.”

Jay Patel, Ketua Pegawai Ekselutif di IMImobile berkata: “Kami gembira dapat bekerjasama dengan Telenor dalam salah satu projek transformasi perniagaan utama mereka. Dengan menyepadukan Platform Penghantaran Perkhidmatan Digital awan kami, Telenor boleh memacu aspek penjimatan kos dan masa ke pasaran yang lebih cepat bagi perkhidmatan pelanggan digital dan bersatu yang baharu.”

No comments:

Post a Comment