Tuesday, March 21, 2017

TOMI ENVIRONMENTAL SOLUTIONS, INC. MELENGKAPKAN $5.3 JUTA DANA PENEMPATAN PERSENDIRIAN YANG DIKETUAI OLEH DANA INSTITUSI YANG BERPANGKALAN DI HONG KONG

BEVERLY HILLS, Calif., 21 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- TOMI Environmental Solutions, Inc. (“TOMI”) (OTCQX:TOMZ), sebuah syarikat dekontaminasi dan pencegahan jangkitan global yang pakar dalam jualan dan perkhidmatan disinfeksi/dekontaminasi, termasuk pengilangan, jualan dan pelesenan kabut/kabus berasaskan hidrogen peroksidanya iaitu SteraMist, yang berdaftar dengan Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat (“EPA”), mengumumkan hari ini bahawa mereka telah mengumpul hasil kutipan kasar sebanyak $5.3 juta dalam transaksi penempatan persendirian (“Pembiayaan”). TOMI akan menggunakan hasil kutipan tersebut daripada Pembiayaan untuk penyelidikan dan pembangunan, pendaftaran produk antarabangsa, pengembangan tenaga jualan dalamannya, pemasaran, perhubungan awam, pengembangan label EPAnya dan untuk modal kerja serta untuk tujuan korporat umum.

Berhubung dengan Pembiayaan, nota janji boleh tukar boleh panggil senior ("Nota") yang dikeluarkan oleh TOMI dengan jumlah pokok agregat sebanyak $5.3 juta. Nota tersebut akan matang pada 31 Ogos, 2018, melainkan ditebus lebih awal, dibeli semula atau ditukarkan. Nota tersebut boleh ditukar pada bila-bila masa oleh pemegang kepada saham biasa pada harga pertukaran $0.54 sesaham. Dari dan selepas 1 September, 2017, TOMI boleh menebus Nota tersebut pada bila-bila masa sebelum tarikh matang pada harga bersamaan 100% daripada jumlah pokok Nota yang akan ditebus ditambah faedah yang terakru dan boleh dibayar pada tarikh penebusan. Faedah pada Nota adalah dibayar dua kali setahun secara tunai pada 28 Februari dan 31 Ogos setiap tahun, bermula pada 31 Ogos, 2017, pada kadar 4 peratus setahun.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9866

No comments:

Post a Comment