Wednesday, March 14, 2018

DAFTAR KELAYAKAN MALAYSIA (MQR)

KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- 

Pengenalan

Seksyen 81 Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007 (Akta 679) memperuntukkan Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) mengadakan dan menyenggarakan satu daftar kebangsaan iaitu Daftar Kelayakan Malaysia atau Malaysian Qualifications Register (MQR) yang mengandungi kelayakan yang dianugerahkan oleh pemberi pendidikan tinggi dan diakredit di bawah Akta tersebut.  

MQR merupakan sumber rujukan berkaitan program pendidikan tinggi yang telah diakreditkan berdasarkan peruntukan Akta 679 di mana semua program yang diakredit oleh MQA membawa maksud diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Program atau kelayakan ini hendaklah selaras dengan Kerangka Kelayakan Malaysia(Malaysian Qualifications Framework, MQF) dan termasuk semua peringkat iaitu sijil, diploma, diploma lanjutan dan ijazah atau yang setaraf dengannya.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10936

No comments:

Post a Comment