Friday, March 2, 2018

PEMENANG DIUMUMKAN DALAM ANUGERAH STEVIE® TAHUNAN KE-12 UNTUK JUALAN & KHIDMAT PELANGGAN

Anugerah Perkhidmatan Pelanggan dan Anugerah Jualan Tersohor di Dunia Dipersembahkan di Las Vegas

FAIRFAX, Va., 1 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Pemenang untuk Anugerah Stevie® tahunan ke-12 untuk Jualan & Khidmat Pelanggan, yang diiktiraf sebagai anugerah khidmat pelanggan dan anugerah jualan tersohor dunia, didedahkan pada malam Jumaat lalu di acara gala di Las Vegas, NV, yang dihadiri oleh lebih daripada 600 orang eksekutif dari seluruh dunia.

Senarai penuh Pemenang Anugerah Stevie mengikut kategori tersedia di http://www.StevieAwards.com/Sales.

DP DHL yang memenangi Anugerah Emas, Perak dan Gangsa Stevie untuk aktiviti di Argentina, Lubnan, A.S., Vietnam dan negara lain merupakan organisasi yang menerima penghargaan terbanyak tahun ini, memperoleh trofi Anugerah Grand Stevie teratas untuk tahun kelima berturut-turut. Pemenang Anugerah Grand Stevie lain, mengikut tertib menurun termasuklah IBM, HomeServe USA, VIZIO Inc., Sales Partnerships, Inc., John Hancock Financial Services, FIS, Carbonite, Visualize dan Delta Vacations.

IBM memenangi 10 Anugerah Emas Stevie, paling banyak dalam kalangan pemenang Anugerah Emas Stevie untuk tahun 2018. HomeServe USA memenangi enam anugerah manakala Delta Vacations dan GNResound masing-masing memenangi lima anugerah. Sales Partnerships, Inc. dan Vizio memenangi empat anugerah. DHL Express Bangladesh, FIS, Mass Mutual Life Insurance Company, Mercer Consumer, Runzheimer dan UPMC Health Plan masing-masing memenangi tiga anugerah. Pemenang dua Anugerah Emas Stevie termasuklah: Apptus, Birevim A.S., Carbonite, Comcast, Dell Technologies, Delta Airlines, DHL Express Vietnam, Gladly, GO Fuel Stations Inc., GuideWell Connect, Imparta Inc., ISN, John Hancock Financial Services, M Partners Ltd, MTM, Network Alliance, Samsung Electronics America, SAP America, ServiceNow, Sun Basket, TTEC, VXI Global Solutions dan Yapi Kredi Bank.

Pemenang teratas dalam kalangan pemenang berbilang Anugerah Emas, Perak dan Gangsa Stevie termasuklah: Albridge, Allianz Global Assistance, BlueCat Networks, Druva Inc., eMoney Advisor, iHeartMedia, Nuance Communications, Overstock.com, Response, Rimini Street, SmartLinx Solutions, Wells Fargo Treasury Management Client Delivery dan Wyndham Vacation Ownership.

Pemenang kategori Anugerah Stevie® Pilihan Ramai untuk Khidmat Pelanggan Kegemaran, yang ditentukan oleh lebih daripada 124,000 undian awam, yang diumumkan pada 15 Februari lalu, juga dipersembahkan pada acara tersebut.

Penganugerahan tersebut disiarkan secara langsung menerusi Livestream dan boleh ditonton dalam talian.

Anugerah tersebut dipersembahkan oleh Anugerah Stevie yang mengendalikan antara rancangan anugerah perniagaan terkemuka dunia termasuklah Anugerah Perniagaan Antarabangsa® dan Anugerah Perniagaan Amerika.

Lebih daripada 2,500 pencalonan daripada organisasi pelbagai saiz dan hampir setiap industri dinilai pada pertandingan tahun ini. Peserta akhir ditentukan mengikut markah purata oleh lebih daripada 150 profesional di seluruh dunia dalam tujuh jawatankuasa kehakiman khusus. Penyertaan dipertimbangkan dalam 89 kategori untuk pencapaian khidmat pelanggan dan pusat hubungan termasuklah: Pusat Hubungan Tahun Ini, Anugerah untuk Inovasi dalam Khidmat Pelanggan dan Jabatan Khidmat Pelanggan Tahun Ini; 60 kategori untuk pencapaian jualan dan perkembangan perniagaan, merangkumi daripada Eksekutif Jualan Senior Tahun Ini hingga Latihan Jualan atau Eksekutif Perkembangan Perniagaan Tahun Ini hingga Jabatan Jualan Tahun Ini, serta kategori untuk mengiktiraf produk, perkhidmatan dan penyedia penyelesaian baharu.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10899

No comments:

Post a Comment