Friday, March 2, 2018

KENYATAAN DARI KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF HERBALIFE RICH GOUDIS

LOS ANGELES, 1 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Herbalife Ltd. (NYSE: HLF) telah mengeluarkan kenyataan berikut hari ini: "Prestasi dan kebingkasan Syarikat kami berakar umbi di dalam sasaran kami untuk menjadikan dunia ini lebih sihat dan lebih bahagia. Bagi mereka yang tidak biasa dengan kami, atau mungkin mempunyai salah tanggapan mengenai kami, jangan takut untuk mengenali kami," kata Ketua Pegawai Eksekutif Herbalife Rich Goudis.

Maklumat mengenai Herbalife 

Herbalife adalah sebuah syarikat nutrisi bertaraf global yang telah mengubah kehidupan penduduk dengan produk-produk yang hebat sejak tahun 1980.

Produk-produk pengurusan berat badan, nutrisi yang disasarkan, tenaga dan sukan dan kecergasan serta produk penjagaan nutrisi luaran kami boleh didapati secara eksklusif dari dan melalui ahli-ahli persendirian Herbalife yang berdedikasi di lebih 90 buah negara. Kami komited dalam memerangi masalah berhubung pemakanan tidak sihat dan obesiti di seluruh dunia dengan menawarkan produk-produk yang berkualiti tinggi, bimbingan satu dengan satu dengan ahli Herbalife dan sebuah komuniti yang memberi inspirasi kepada pelanggan untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat dan aktif.

Kami menyokong Yayasan Keluarga Herbalife (HFF) dan program Casa Herbalife mereka untuk membantu membawa pemakanan yang baik kepada kanak-kanak yang memerlukan. Kami juga menaja lebih daripada 190 atlet, pasukan dan acara yang bertaraf dunia di seluruh dunia, termasuk Cristiano Ronaldo, LA Galaxy dan juara-juara dalam banyak sukan lain.

Syarikat itu mempunyai lebih 8,000 orang pekerja di seluruh dunia, dan sahamnya didagangkan di Bursa Saham New York (NYSE: HLF) dengan jualan bersih sebanyak $4.4 bilion pada tahun 2017. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari Herbalife.com atau IAmHerbalife.com.

Laman web Perhubungan Pelabur Herbalife di http://ir.herbalife.com mengandungi sejumlah besar maklumat kewangan dan maklumat lain mengenai Syarikat itu. Syarikat berkenaan menggalakkan pelabur untuk melayari laman web mereka dari semasa ke semasa, kerana maklumat sentiasa dikemas kini dan maklumat baharu dipaparkan.

Hubungi

Herbalife
Gary Kishner
Pengarah, Perhubungan Media
Garyki@herbalife.com
213.745.0456
 
Sumber: Herbalife Ltd.

Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20180228006365/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment