Thursday, February 21, 2019

PERTUMBUHAN PEMBUATAN ST KITTS & NEVIS MENYOKONG WARGA EKONOMI

LONDON, 19 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pada Isnin lalu, St Kitts dan Nevis mengumumkan satu pandangan yang positif bagi sektor pembuatan mereka. Selepas melawat lima buah kilang negara itu, Kerajaan melaporkan bahawa pelan dan unjuran industri menunjukkan pertumbuhan yang kompetitif untuk tahun yang akan datang. Pembuatan adalah pusat kepada ekonomi negara, yang akan seterusnya  meraih peningkatan di dalam pengeluaran dan kekuatan. Ketika warga ekonomi melabur di negara itu melalui Dana Pertumbuhan Mapan (SGF), peningkatan pertumbuhan akan memberikan pulangan pelaburan yang lebih tinggi bagi pemohon kepada Program Kerakyatan oleh Pelaburan (CBI) negara itu.

Warga Ekonomi

Program CBI St Kitts dan Nevis menawarkan kepada pelabur dengan kerakyatan kedua sebagai balasan untuk sumbangan kepada SGF itu. Program ‘Standard Platinum’ adalah satu daripada yang paling berjaya di dunia; ia telah mendapat pengiktirafan daripada Financial Times  untuk standard tinggi bagi usaha wajar dan pemprosesan. Sesungguhnya Kerajaan baru-baru ini memperkuatkan usaha wajar mereka dengan memperkenalkan undang-undang akaun eskrow yang lebih ketat dan satu keperluan baharu bagi pemohon untuk menyediakan data biometrik dalam bentuk cap jari digital. Tidak seperti pilihan hartanah, pemohon untuk SGF melabur terus ke dalam pembangunan negara itu, dan dengan itu mendapat manfaat daripada pertumbuhan keseluruhan ekonomi itu. Bidang pelaburan utama termasuk penjagaan kesihatan, sekolah, infrastruktur, dan pembangunan perniagaan. Ramai pemohon juga memperolehi kerakyatan kedua untuk melindungi keselamatan mereka dan ahli keluarga mereka. Sebuah ekonomi yang berkembang, berdaya tahan menyediakan peluang untuk keselamatan ekonomi dan peribadi yang lebih besar.

Satu Masa Depan yang Kukuh

Pembuatan eksport adalah satu pemacu utama bagi pendapatan untuk St Kitts dan Nevis. Barangan dihantar ke seluruh pelusuk dunia, termasuk ke Amerika Syarikat dan Eropah, di mana, sebagai contoh, produk aeroangkasa keluaran penduduk St Kitts dan Nevis digunakan. Mengikuti lawatan ke kilang, Perdana Menteri Y.B. Dr Timothy Harris meraikan berita itu. “[Pembuatan] adalah satu industri yang sangat canggih dan berdaya saing, dan kesemua produk kami mempunyai standard yang tinggi dan itulah sebabnya, apabila keputusan dibuat berhubung tempat untuk berkembang, St. Kitts dan Nevis untuk 2018/2019 telah menjadi tapak pilihan untuk itu.” Kilang-kilang yang dikunjungi termasuk Lutron Liamuiga, Kajola Kristada, Jaro Electronics, dan API Harowe St Kitts di Sandy Point. Perdana Menteri Harris disertai oleh 11 orang pegawai Kerajaan.

– AKHIR –

CS Global Partners adalah sebuah penasihat undang-undang antarabangsa dan sebuah ejen Kerakyatan oleh Pelaburan yang dimandatkan oleh kerajaan St Kitts dan Nevis.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11881

No comments:

Post a Comment