Monday, February 11, 2019

VISTAJET MENINGKATKAN KESELAMATAN PENERBANGAN OLEH SYARIKAT PENERBANGAN PERNIAGAAN DENGAN MENGINTEGRASI SISTEM PENILAIAN RISIKO PENERBANGAN LANJUTAN

Keselamatan dan jaminan sentiasa menjadi yang utama dalam semua operasi dan kini dengan analisis masa nyata diterajui data
  • Sistem Penilaian Risiko Penerbangan cemerlang Osprey akan diintegrasikan dengan perisian operasi penerbangan proprietari VistaJet
  • Sistem tersebut akan memberikan penilaian risiko yang intuitif dan segera bagi setiap penerbangan
  • VistaJet adalah pengendali pertama yang menerima Anugerah Keselamatan Penerbangan Berlian EBAA

MALTA, 8 Feb (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- VistaJet, syarikat penerbangan perniagaan pertama dan satu-satunya, meletakkan keselamatan, jaminan dan kesejahteraan pelanggan dan pekerjanya sebagai perkara utama. Hari ini, syarikat tersebut mengumumkan langkah seterusnya dalam melanjutkan perisian operasi penerbangannya dengan penggunaan teknologi penilaian risiko diterajui data Osprey Flight Solutions.

Sejak pelancarannya pada 2004, VistaJet telah membuat pemerhatian tinggi pada operasi dan keselamatan penerbangan dan setakat ini telah menyelesaikan lebih daripada 146,000 penerbangan secara global, menerbangkan 367,000 penumpang ke lebih daripada 1,900 lapangan terbang di seluruh dunia dengan selamat.

Dengan mengintegrasikan sistem keselamatan peneraju Osprey, VistaJet mampu untuk menilai risiko secara intuitif dan segera bagi setiap penerbangan terus daripada perisian operasi proprietarinya dan menyokong pembuatan keputusan operasi. Platform tersebut memberikan kepintaran segera tentang persekitaran penerbangan, mengumpul data daripada 200,000 sumber dalam 60 bahasa. Satu kumpulan penganalisis menggabungkan data dengan algoritma pembelajaran mesin, melukis paparan masa nyata keselamatan global.

Integrasi termaju baharu ini melengkapkan analisis manusia pakar VistaJet dalam menawarkan keselamatan dan penilaian risiko paling komprehensif. Maklumat termasuklah julat perkara paling besar yang mungkin boleh memberi impak pada prestasi penerbangan, daripada mogok teksi setempat yang mungkin melewatkan ketibaan kru di lapangan terbang, sehingga ke penilaian terperinci zon tidak boleh terbang. Data digunapakai pada grid 10km darab 10km meliputi keseluruhan glob dan menyediakan gambaran keseluruhan altitud terperinci. Dengan akses bergranul dan masa nyata pada data, kumpulan VistaJet mampu untuk mengukur kelewatan yang mungkin berlaku dan menentukur setiap penerbangan ke keadaan paling selamat melalui laluan paling selamat, walaupun apabila pesawat berada di udara.

Nick van der Meer, Ketua Pegawai Operasi VistaJet, berkata:
"Kita melihat pada cara yang paling efisien untuk terbang, dengan keselamatan menjadi pemacu utama. Dengan menyediakan data yang lebih bermakna kepada pakar dalaman kami, mereka mampu menghasilkan pengalaman penerbangan yang lebih lancar untuk pelanggan kami. Keselamatan haruslah sentiasa menjadi matlamat bersama bagi semua syarikat penerbangan dan kami berbangga untuk meneraju laluan dengan menggunakan teknologi inovasi paling lanjutan yang tersedia dalam pasaran, terdahulu daripada yang lain dalam penerbangan perniagaan.”

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11860

No comments:

Post a Comment