Friday, April 2, 2021

AXA MELANCARKAN PELAN PERTAMA YANG MENAWARKAN BANTUAN KEWANGAN UNTUK KERUGIAN MENYELURUH KENDERAAN


 


KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Sejajar dengan komitmennya untuk memberikan ketenangan jiwa dan melindungi kepentingan pelanggan, AXA Affin General Insurance Berhad (AXA) telah melancarkan Guaranteed Asset Protection – Return to Insured Value (GAP-RTIV), pelan pertama seumpamanya dalam pasaran yang melindungi nilai penuh kenderaan dalam kejadian tidak diduga.


Emmanuel Nivet, Ketua Pegawai Eksekutif AXA berkongsi bahawa kereta yang baru dibeli dianggarkan akan susut nilai sekitar 10-20% hanya selepas satu tahun.¹ Sebarang kemalangan pasti akan memberi kesan kepada pemilik kenderaan dari segi kewangan dan emosi. Menyedari bahawa terdapat jurang perlindungan dalam pasaran, AXA telah mempertingkatkan produknya untuk memberi sokongan kepada pelanggan.
 
"Sekiranya berlaku kerugian menyeluruh, pemilik kereta mungkin tidak dapat memperoleh kembali jumlah sama yang telah dibayar oleh beliau untuk keretanya akibat susut nilai. Oleh itu, matlamat kami adalah untuk melindungi pemilik kenderaan daripada gangguan secara tiba-tiba ini serta memastikan mereka tidak perlu menanggung beban untuk membayar nilai tertunggak kenderaan yang tidak diinsuranskan, sebaliknya agar mereka dapat pulih dengan cepat dan mampu membeli kenderaan baharu sebagai ganti," tambah Emmanuel.
 
Dengan GAP-RTIV, pemilik kenderaan akan diberikan bantuan dan perlindungan kewangan terhadap sebarang kekurangan kewangan atau kemungkinan pinjaman sewa beli yang belum selesai sekiranya berlaku kerugian menyeluruh yang disebabkan oleh kerosakan, kebakaran atau kecurian secara tidak sengaja. Pelan ini melindungi perbezaan antara pembayaran tuntutan daripada polisi insurans motor komprehensif dan nilai kenderaan yang diinsuranskan semasa pembelian polisi GAP-RTIV, lalu membolehkan pemilik kereta membeli kenderaan yang BAHARU sekali lagi sebagai ganti.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14421

No comments:

Post a Comment