Thursday, April 15, 2021

RUBRYC THERAPEUTICS MENGUMUMKAN SATU KERJASAMA PENYELIDIKAN DAN PERJANJIAN OPSYEN LESEN DENGAN ZAI LABS

SAN CARLOS, Calif., 14 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- RubrYc Therapeutics, Inc., sebuah syarikat bioterapeutik pra-klinikal yang mengembangkan terapi berpilih epitop, hari ini mengumumkan bahawa ia telah mengadakan satu kerjasama penyelidikan dan perjanjian opsyen lesen dengan Zai Labs, Inc. untuk penggunaan platform Molekul Tereka Bentuk skala Meso (MEM) RubrYc, bagi mengenal pasti antibodi monoklonal dengan fungsi biologi yang dipertingkatkan untuk satu sasaran onkologi yang tidak didedahkan.

Di bawah syarat-syarat perjanjian itu, RubrYc dan Zai Labs akan bekerjasama untuk mengenal pasti calon-calon produk dengan menggunakan RubrYc Discovery Engine, yang memanfaatkan pembelajaran mesin dan data struktur untuk mengenal pasti antibodi yang mengikat epitop subdominan dan menunjukkan aktiviti yang berbeza. Setelah menggunakan opsyen lesen itu, Zai Labs akan mempunyai hak global eksklusif untuk membangun dan mengkomersialkan produk-produk bagi Kerjasama Penyelidikan itu.

RubrYc Therapeutics, Inc. akan menerima pembayaran awal dan adalah layak untuk menerima perkembangan penyelidikan, pengembangan dan pengkomersialan di masa depan berdasarkan kepada setiap calon, bersama dengan royalti bagi jualan bersih setiap produk di seluruh dunia. Syarat-syarat kewangan bagi perjanjian itu tidak dinyatakan.

Dr. Isaac Bright, Ketua Pegawai Eksekutif, berkata, “Kami sangat teruja kerana Zai Labs telah memilih RubrYc Discovery Engine sebagai sebahagian daripada usaha mereka untuk mengenal pasti bioterapeutik terhadap sasaran onkologi yang mencabar. Kami berharap dapat bekerjasama dengan Zai Labs untuk mempercepatkan penyelidikan mereka dengan mengenal pasti antibodi khusus epitop dengan kaedah tindakan yang berbeza. Kepakaran onkologi Zai Labs melengkapkan minat kami untuk membawa terapeutik baharu dengan potensi kejayaan kepada pesakit yang memerlukan.”

RUBRYC THERAPEUTICS MENGUMUMKAN SATU KERJASAMA PENYELIDIKAN DAN PERJANJIAN OPSYEN LESEN DENGAN ZAI LABS

No comments:

Post a Comment