Thursday, April 1, 2021

WALGREENS MENGUMUMKAN PENGEMBANGAN SETERUSNYA BAGI STRATEGI PERNIAGAAN PERKHIDMATAN KEWANGAN MEREKA DENGAN INCOMM PAYMENTS

 Walgreens akan menawarkan akaun bank baharu dengan kad debit Mastercard yang memanfaatkan platform InComm Payments


InComm Payments akan meningkatkan program kad hadiah berjenama Walgreens

DEERFIELD, Ill. & ATLANTA, 31 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Walgreens hari ini mengumumkan satu perjanjian dengan InComm Payments, sebuah syarikat teknologi pembayaran global terkemuka, untuk menyediakan pilihan perkhidmatan kewangan yang sesuai dan mudah diakses bagi pelanggan mereka. Bersama-sama, syarikat-syarikat itu akan melancarkan satu penawaran akaun bank baharu bagi pelanggan mereka yang akan diwujudkan di MetaBank* dengan sebuah kad debit Mastercard yang akan melayani pembeli-belah Walgreens di dalam kedai dan dalam talian dan membolehkan mereka untuk memperoleh ganjaran Tunai MyWalgreens ke atas semua pembelian sebagai sebahagian daripada program kesetiaan pelanggan myWalgreens yang baharu dilancarkan pada November 2020.

Perjanjian ini adalah sebahagian daripada strategi keuntungan alternatif Walgreens dan baru-baru ini mengumumkan inisiatif yang lebih luas untuk melancarkan produk dan perkhidmatan kewangan baharu yang memperkuatkan komitmen mereka yang berterusan untuk menawarkan perkhidmatan dan faedah yang berbeza kepada pelanggan mereka. Penyelesaian perbankan baharu itu akan melengkapkan rancangan Walgreens untuk meneruskan tumpuan kesihatan dan kesejahteraan mereka dan meningkatkan program kesetiaan dan personalisasi pelanggan. Penyelesaian itu memanfaatkan platform perbankan sebagai satu perkhidmatan digital moden InComm Payments. Pembeli-belah Walgreens akan dapat mencari produk di dalam kedai atau mendaftar secara dalam talian dan kemudian menguruskan kewangan harian mereka dengan mudah dalam satu aplikasi perbankan mudah alih baharu yang mudah digunakan. Akaun bank itu dijangka tersedia di hampir 9,000 kedai Walgreens dan dalam talian pada separuh kedua tahun 2021.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14412

No comments:

Post a Comment