Thursday, April 1, 2021

PINE LABS MELANCARKAN BELI SEKARANG BAYAR KEMUDIAN DI MALAYSIA




KUALA LUMPUR & SINGAPURA & NEW DELHI, 30 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pine Labs, satu daripada platform perdagangan saudagar terkemuka di Asia, hari ini mengumumkan pelancaran bagi penawaran Beli Sekarang Bayar Kemudian (BNPL) mereka di Malaysia. Pine Labs sekarang telah mencapai kejayaan luar biasa dengan perkhidmatan BNPL luar talian di India di mana ia mempunyai 95% penguasaan pasaran. Kemasukan ke Malaysia oleh anak syarikat syarikat itu Pine Payment Solutions datang pada satu detik masa yang menarik apabila terdapat permintaan terpendam di kalangan pengguna setelah satu tempoh sekatan pergerakan yang berlanjutan; pengguna mahukan akses yang lebih mudah kepada kredit dan peniaga mencari cara yang lebih baharu untuk menghidupkan semula jualan.

Pelancaran BNPL oleh Pine Labs di Malaysia akan mempercepatkan lagi penerimaan pembayaran digital di negara itu dan memungkinkan bagi peniaga untuk menjual lebih banyak dalam suasana perniagaan yang sukar ini selepas pandemik itu.

“Kami cukup yakin dengan rancangan pengembangan di sekitar produk Beli Sekarang Bayar Kemudian kami yang sangat berjaya yang bertumpukan kepada teknologi dan sangat teruja pada pelancarannya di Malaysia. Ini adalah satu produk yang sangat baik dan satu cadangan sama menang bagi semua pihak yang terlibat termasuk pengguna yang mendapat pilihan pembelian yang berpatutan, peniaga yang mendapat satu cadangan menarik untuk menarik pelanggan kembali ke kedai dan meningkatkan jualan mereka, dan bank dan jenama yang dapat membina kesetiaan jenama mereka. Penyelesaian bersepadu ini yang kami lancarkan dengan Mastercard akan kini diperluaskan ke pasaran baharu di rantau itu,” kata Kush Mehra, Ketua Pegawai Perniagaan, Pine Labs.

CIMB Bank, AmBank, HSBC Bank, AFFIN BANK, dan RHB Bank adalah bank-bank utama di Malaysia yang sudah berada di platform BNPL Pine Labs. Beberapa daripada peniaga utama yang akan terlibat dalam pelancaran penyelesaian ini termasuk Senheng, DirectD, Ogawa, Gintell, Herbaline, dan E.S.H. Electrical.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14408

No comments:

Post a Comment