Friday, April 2, 2021

DIGITAL EDGE AKAN MEMPERLUASKAN PLATFORM KEHADIRAN DI KOREA SELATAN

 Memperoleh dua pusat data di Korea Selatan dan membentuk satu pakatan strategik jangka panjang dengan Sejong Telecom


SINGAPURA, 1 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Digital Edge (Singapura) Holdings Pte. Ltd. (“Digital Edge” atau “Syarikat” itu), sebuah platform pusat data terkemuka, yang ditubuhkan untuk mengubah infrastruktur digital di Asia dan disokong oleh Stonepeak Infrastructure Partners, hari ini mengumumkan rancangan untuk memperluaskan kehadiran serantau mereka ke Korea Selatan dengan memeterai satu perjanjian muktamad untuk memperoleh aset pusat data Sejong Telecom dalam satu urus niaga semua tunai. Pada penutupan, Digital Edge akan memperoleh sebuah pusat data di Gangnam, Seoul dan sebuah kemudahan Stesen Pendaratan Kabel di Bandar raya Centum, Busan. Penambahan aset-aset strategik ini, termasuk operasi dan pelanggan mereka yang berkaitan, menandakan kemasukan awal Syarikat itu ke pasaran Korea dan memperkukuhkan lagi platform serantau mereka.

Urus niaga ini akan membolehkan Digital Edge untuk dengan serta merta menawarkan penyelesaian antara sambung dan pusat data di pasaran Korea yang berkembang pesat dan mewujudkan satu asas kukuh untuk pengembangan masa depan di dua metro utama – Seoul dan Busan. Pusat-pusat data Sejong Telecom terletak di lokasi strategik dan membawa banyak pilihan penyambungan daripada pelanggan yang sedia ada. Digital Edge merancang untuk melabur modal tambahan bagi mengembangkan kapasiti dan meningkatkan kecekapan tenaga bagi kedua-dua kemudahan tersebut. Di antara urus niaga itu dan pengembangan seterusnya, Digital Edge menjangka akan melabur lebih AS$120 juta.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14418

No comments:

Post a Comment