Dengan penambahan pasaran baharu ini, eXp Realty akan mengembangkan kehadiran globalnya di 27 buah negara
BELLINGHAM, Washington, 29 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- eXp Realty®, pembrokeran hartanah global bebas yang terbesar di dunia dan anak syarikat utama bagi eXp World Holdings, Inc. (Nasdaq: EXPI), teruja untuk mengumumkan pengembangannya ke dalam tiga pasaran cemerlang — Turki, Peru dan Mesir yang ditetapkan pada tahun 2025. Dalam langkah hebat untuk mengukuhkan jejak globalnya, eXp Realty membawakan model berpusatkan ejen dan platform berdasarkan awan yang inovatif kepada pasaran hartanah yang antara paling dinamik di dunia.Sebaik sahaja pengembangan ini selesai, eXp Realty akan beroperasi di 27 buah negara yang memperkasakan ribuan ejen merentas dunia dengan cadangan nilainya yang unik. Model tersebut direka bentuk untuk kejayaan dalam kedua-dua hartanah perumahan dan komersial, serta menegaskan komitmen eXP yang teguh untuk melengkapkan ejennya dengan alat dan platform yang diperlukan demi kelangsungan dalam landskap hartanah yang kian berkembang.
"Pengembangan kami ke Turki, Peru dan Mesir ialah bukti kepada dorongan berterusan kami demi inovasi dan komitmen kami terhadap memperkasakan ejen di seluruh dunia," kata Glenn Sanford, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif eXp World Holdings. "Pasaran ini kaya dengan potensi dan kami teruja untuk memperkenalkan model berasaskan awan kami dan pendekatan pengutamaan ejen kepada profesional hartanah yang bersungguh-sungguh untuk meningkatkan kerjaya mereka dan mendapatkan peluang baharu. Masa depan hartanah telah tiba dan kita baru sahaja bermula."
Turki, sebuah hab kritikal yang menghubungkan Eropah dan Asia, ialah pusat kepada pasaran hartanah yang berkembang pesat, disangga oleh permintaan domestik yang kukuh dan pelaburan asing yang meningkat, terutamanya di bandar-bandar sibuk seperti Istanbul. Di Peru, pasaran hartanah berdiri teguh, hasil daripada kepesatan ekonomi dan pengembangan urban yang menarik minat pelabur asing mencari peluang di Lima dan kawasan maju lain. Mesir, dengan sejarahnya yang kaya serta landskap hartanah yang semakin moden secara pesat, menawarkan prospek pelaburan yang tiada tandingan, terutamanya di Cairo — salah satu bandar Afrika yang terbesar dan berkembang paling maju.
Felix Bravo, NP International Growth, menekankan, "Pasaran ini menawarkan potensi yang hebat. Kedudukan unik Turki sebagai pintu masuk antara Eropah dan Asia, perkembangan ekonomi Peru yang menyerlah serta pembangunan hartanah Mesir yang pesat menjadikan mereka ideal sebagai model pengutamaan ejen kami. Kami teruja untuk memperkasa ejen dalam rantau ini untuk mengembangkan perniagaan mereka dengan sandaran platform eXp yang canggih serta sokongan yang tiada bandingannya."
Pengembangan global eXp Realty didorong oleh platform berasaskan awannya yang tangkas dengan struktur komisen tiada tandingan, alat kolaboratif yang canggih serta peluang unik untuk memperoleh ekuiti melalui jualan dan pertumbuhan mereka. Menjelang tahun 2025, eXp kekal berdedikasi untuk menyokong ejen di seluruh dunia dengan inovasi dan sumber yang diperlukan untuk berkembang dalam mana-mana pasaran sambil terus meluaskan capaian globalnya.
Perihal eXp World Holdings, Inc.
eXp World Holdings, Inc. (Nasdaq: EXPI) ialah syarikat pegangan eXp Realty®, Virbela dan SUCCESS® Enterprises.
eXp Realty ialah syarikat hartanah yang paling pesat berkembang di dunia dengan lebih daripada 87,000 ejen di Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Australia, Afrika Selatan, India, Mexico, Portugal, Perancis, Puerto Rico, Brazil, Itali, Hong Kong, Colombia, Sepanyol, Panama, Jerman, Republik Dominika, Greece, New Zealand, Chile, Poland dan Dubai serta terus menskala di peringkat antarabangsa. Sebagai sebuah syarikat dagangan awam, eXp menyediakan peluang unik kepada profesional hartanah untuk memperoleh anugerah ekuiti bagi matlamat pengeluaran dan sumbangan kepada syarikat secara keseluruhan. eXp World Holdings dan perniagaannya menawarkan rangkaian yang lengkap dengan penyelesaian teknologi pembrokeran dan hartanah, termasuk model pembrokeran komersial, perkhidmatan profesional, alat kolaboratif dan pembangunan peribadi. Pembrokeran berasaskan awan dikuasakan oleh Virbela, sebuah platform 3D yang amat sosial dan kolaboratif, membolehkan ejen menjadi lebih terhubung dan produktif. SUCCESS® Enterprises, yang dinaungi oleh majalah SUCCESS® dan ciri-ciri media berkaitannya, telah ditubuhkan pada tahun 1897 dan merupakan jenama dan penerbitan pembangunan peribadi dan profesional yang terkemuka.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati https://expworldholdings.com
Pernyataan Safe Harbor
Pernyataan yang terkandung di sini mungkin termasuk pernyataan jangkaan masa depan dan pernyataan prospektif lain yang berdasarkan pandangan dan andaian semasa pihak pengurusan dan melibatkan risiko dan ketidakpastian yang diketahui dan tidak diketahui yang boleh menyebabkan hasil, prestasi atau peristiwa sebenar berbeza secara ketara berbanding yang dinyatakan atau tersirat dalam pernyataan tersebut. Pernyataan prospektif sebegitu hanya benar pada tersebut dan syarikat tidak bertanggungjawab untuk menyemak atau mengemas kini pernyataan itu. Pernyataan ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada, pernyataan tentang pertumbuhan berterusan pangkalan ejen dan broker kami serta pengembangan perniagaan pembrokeran hartanah kediaman kami ke pasaran asing. Pernyataan sedemikian bukan jaminan bagi prestasi masa hadapan. Faktor penting yang boleh menyebabkan hasil sebenar berbeza secara ketara dan buruk daripada yang dinyatakan dalam pernyataan prospektif termasuk perubahan dalam keadaan pasaran; kesukaran menjalankan pengoperasian di negara asing, termasuk sebarang perubahan peraturan atau undang-undang; dan risiko lain yang diperincikan dari semasa ke semasa dalam pemfailan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa syarikat, termasuk tetapi tidak terhad kepada Laporan Suku Tahunan yang terbaru difailkan pada Borang 10-Q dan Laporan Tahunan pada Borang 10-K.
Kenalan Perhubungan Media:
eXp World Holdings, Inc.
mediarelations@expworldholdings.com
Maklumat Hubungan Pelabur:
Denise Garcia
investors@expworldholdings.com
Foto yang disertakan dengan pengumuman ini tersedia di
https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/cd692dc5-9fb9-4747-a391-19ed264ec98a
SUMBER: eXp Realty
--BERNAMA
No comments:
Post a Comment