TOKYO, 11 Okt., 2024 /Kyodo JBN/ --
NIPPON EXPRESS HOLDINGS, INC. (kemudian dari ini "NXHD") telah mencapai satu persetujuan dengan pemegang saham SH HoldCo GmbH ("Simon Hegele") untuk memperoleh kesemua saham di dalam Simon Hegele, sebuah kumpulan syarikat yang berpangkalan di Jerman yang pakar dalam logistik kontrak di dalam industri penjagaan kesihatan, dan memasuki ke dalam satu perjanjian jual beli pada 30 September, 2024 (waktu Jepun), seperti yang diperincikan di bawah.Logo NX: https://kyodonewsprwire.jp/img/202410017425-O3-bv8QAJ2h
Pemerolehan bagi Saham SH HoldCo GmbH untuk menjadi sebuah Anak Syarikat Milik Sepenuhnya: https://pdf.irpocket.com/C9147/EAzE/VVeN/q42N.pdf
Gambaran Keseluruhan bagi Kumpulan Simon Hegele: https://pdf.irpocket.com/C9147/EAzE/VVeN/bK8X.pdf
Foto 1:
Pertama dari kiri foto: Mamoru Akaishi / Pengarah dan Pegawai Eksekutif / NXHD; kedua dari kiri: Stefan Ulrich / Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Simon Hegele; keempat dari kiri: Shinichi Kakiyama / Pegawai Eksekutif Urusan, Pengurus Besar Serantau / NX Eropah
https://cdn.kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M103866/202410017425/_prw_PI1fl_R51r6sbc.jpg
Foto 2: Mamoru Akaishi / Pengarah dan Pegawai Eksekutif / NXHD; dan Stefan Ulrich / Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Simon Hegele
https://cdn.kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M103866/202410017425/_prw_PI2fl_l8l84x00.jpg
Stefan Ulrich / Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Simon Hegele
"Adalah jelas kepada kami bahawa kami ingin mencari sebuah rakan kongsi strategik yang sesuai untuk kami, dengan satu portfolio perkhidmatan pelengkap dan satu kehadiran antarabangsa yang kukuh, yang menghargai kebebasan dan ketangkasan kami dan pada masa yang sama benar-benar bersemangat untuk bekerja dengan kami untuk terus membangunkan penyelesaian yang dibuat khusus bagi pelanggan antarabangsa kami yang aktif di peringkat global -- kami pasti bahawa kami kini telah menemui rakan kongsi yang ideal di dalam Kumpulan NX!"
Mamoru Akaishi / Pengarah dan Pegawai Eksekutif / NXHD
"Saya tidak sabar untuk bergerak ke hadapan dalam laluan yang sama ke arah masa depan dengan Kumpulan Simon Hegele. Secara khusus, saya percaya bahawa kami boleh menyediakan nilai yang lebih besar kepada pelanggan kami dengan menggabungkan keupayaan rangkaian global Kumpulan NX dengan kepakaran logistik termaju Simon Hegele, terutamanya di dalam sektor penjagaan kesihatan."
Maklumat mengenai Kumpulan NX: https://kyodonewsprwire.jp/attach/202410017425-O1-H9CoyqIl.pdf
Laman web rasmi Kumpulan NX: https://www.nipponexpress.com/
Akaun LinkedIn rasmi Kumpulan NX:
https://www.linkedin.com/company/nippon-express-group/
Sumber: NIPPON EXPRESS HOLDINGS, INC.
--BERNAMA
No comments:
Post a Comment