Friday, October 11, 2024

THREDD MELAPORKAN SATU LAGI KEJAYAAN SUKU TAHUN DENGAN JUMLAH TRANSAKSI TEKNOLOGI KEWANGAN (FINTECH) MENINGKAT DAN PENANDATANGANAN PENERBIT BAHARU

 • Pertumbuhan jumlah transaksi organik sebanyak 20% tahun ke tahun (YOY) dan penandatangan pelanggan baharu di APAC dan Amerika Syarikat
• Peningkatan sebanyak 48% tahun ke tahun (YOY) dalam penyelesaian Beli Sekarang Bayar Nanti (BNPL) di seluruh UK, Eropah dan rantau APAC
• Pembayaran kad maya B2B meningkat dengan ketara yang diterajui oleh pelanggan APAC


LONDON, 11 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Thredd, pemproses pembayaran generasi akan datang yang terkemuka, pada hari ini mengumumkan pencapaian suku ketiga yang positif dengan tahun 2024 berada di landasan yang betul untuk mengatasi semua tahun sebelumnya, dikuasakan oleh transaksi yang meningkat sebanyak 20%, kemenangan utama pelanggan global, pengembangan program dan pertumbuhan dalam segmen dan pasaran pembayaran yang berbeza.

Menurut syarikat itu, Thredd menandatangani pelanggan baharu utama pada suku ketiga termasuk bank digital dan menyaksikan pengembangan program B2B sedia ada ke Amerika Syarikat. Syarikat itu juga mengumumkan pelancaran program kad maya dan penghijrahan program kad utama di APAC.

Syarikat itu berkata kemenangan dan pelancaran program ini mengikuti pengembangan perkongsian lain pada awal musim panas bersama peneraju segmen dalam Beli Sekarang Bayar Nanti (BNPL), pembayaran B2B, pengeluaran dan program pelancongan khusus. Pertumbuhan transaksi pelanggan Thredd merentasi sektor ini merupakan petunjuk selanjutnya mengenai keuntungan berterusan merentasi ruang pembayaran penerbit bukan tradisional, kata syarikat itu.

“Kami benar-benar berbangga dengan prestasi Thredd pada tahun ini kerana kami telah menandatangani pelanggan yang berpengaruh dalam pasaran di rantau di seluruh dunia, mengembangkan keupayaan rangkaian kami dengan penambahan Discover dan Rangkaian Diners Club, dan ditambah kepada senarai terdalam bakat pengurusan fintech dalam industri dengan kemasukan Edwin Poot sebagai Ketua Pegawai Teknologi dan Brian Kieley sebagai Ketua Pegawai Pelanggan," kata Jim McCarthy,  Ketua Pegawai Eksekutif Thredd, sambil menambah, "Pencapaian ini ialah pencapaian langsung apabila mendengar maklum balas pelanggan kami dengan teliti dan memberikan respons kepada keperluan pelanggan tersebut dengan komitmen untuk memberikan perkhidmatan. Kami memberikan tumpuan kepada membawa program kad secara langsung dan membiarkan kejayaan pelanggan kami menjadi jalan cerita.”

Gene Lockhart, Pengerusi Lembaga Pengarah Thredd, berkata, “Kami percaya tahun 2024 akan menjadi tahun terbaik kami dan pasukan memanfaatkan momentum ini dengan melabur dalam pelan hala tuju produk dan teknologi agresif yang akan memastikan Thredd berada di barisan hadapan pemprosesan pembayaran moden. Kedudukan Thredd sebagai peneraju dalam kad maya, tokenisasi, BNPL, kiriman wang rentas sempadan global, pembayaran dan tawaran kewangan terbenam hanyalah permulaan.”

Pengambilan BNPL

Sektor Beli Sekarang Bayar Nanti (BNPL) terus berkembang maju dalam Q3, dengan pelanggan Thredd di UK, Eropah dan APAC menyaksikan pertumbuhan jumlah transaksi gabungan sebanyak 48%.

"Inovasi Teknologi Kewangan (Fintech) memacu pertumbuhan besar dalam BNPL, apabila kami menyaksikan penerimagunaan yang kukuh merentasi pelbagai rantau," kata McCarthy. “Penyelesaian ini mengubah landskap kewangan dengan menawarkan pengguna di seluruh dunia alternatif yang mudah, fleksibel dan telus kepada produk kredit tradisional."

Pembayaran B2B semakin mendapat perhatian

Percambahan kad maya telah mendorong keuntungan ketara dalam pembayaran B2B, terutamanya di APAC apabila Thredd melaporkan peningkatan sebanyak 110% dalam transaksi berasaskan kad B2B yang terhutang kepada pertumbuhan pelanggan di rantau ini.

“Pelanggan APAC kami berinovasi dengan cepat dan pelanggan masing-masing dengan pantas menerima kad maya untuk memudahkan pembayaran B2B, terutamanya transaksi yang merentasi sempadan,” tambah McCarthy. “Dengan penambahan Kad Discover dan Diners Club bersama Visa dan MasterCard, terdapat lebih banyak peluang untuk pelanggan kami berkembang.”

Pembayaran untuk pelancongan semakin meningkat

Sektor pelancongan menunjukkan kemunculan semula yang kukuh dalam Q3, dengan transaksi Thredd meningkat sebanyak 27% YTD berbanding tahun 2023, didorong oleh pembayaran kepada penyedia dalam ekosistem ejen pelancongan dalam talian (OTA). Memandangkan industri pelancongan global meneruskan pemulihan, penyelesaian pembayaran yang cekap dan berskala besar kekal sebagai keperluan kritikal untuk perniagaan pelancongan, kata syarikat itu.

"Data terkini kami menegaskan peranan kritikal yang terus dimainkan oleh teknologi kewangan (fintech) dalam ekosistem pembayaran global, terutamanya apabila ini membawa nilai kepada segmen pengguna dan perniagaan yang sebelum ini kurang mendapat perhatian," kongsi McCarthy.

Maklumat Tentang Thredd:

Thredd ialah rakan niaga pemprosesan pembayaran generasi akan datang yang dipercayai untuk pembawa pembaharuan yang ingin memodenkan tawaran pembayaran masing-masing di seluruh dunia. Kami memproses berbilion transaksi debit, prabayar dan kredit setiap tahun, memberikan perkhidmatan kepada lebih 100 teknologi kewangan (fintech), bank digital dan penyedia kewangan terbenam, daripada pengguna kepada korporat, merentasi 44 negara.

Tawaran unik Thredd ialah pendekatan berteraskan pelanggan, menggabungkan sokongan secara langsung dengan teknologi moden, andal dan teknologi berskala besar. Penyelesaian terjamin Thredd mempercepat pembangunan dan penghantaran komponen pembayaran pengguna dan korporat yang terbenam dalam bank digital, serta untuk pengurusan perbelanjaan, pembayaran B2B, kripto, pinjaman, kredit, Beli Sekarang Bayar Nanti (“BNPL”), FX, kiriman wang dan pembawa pembaharuan perbankan terbuka. Melalui kerjasama dengan pelanggan kami, bermula daripada konsep kepada penciptaan dan penyelesaian kami yang mudah dikonfigurasikan, kami membenarkan pemimpin yang memiliki ketangkasan ini untuk mencapai aspirasi perniagaan teras mereka.

Thredd telah mendayakan peneraju pasaran sejak tahun 2007 dan mempunyai platform yang sangat andal dengan ketersediaan 99.99%. Penyelesaian Thredd yang sangat boleh disesuaikan di platform kami yang mengutamakan API, dikelilingi oleh kepakaran industri kami yang mendalam, perkhidmatan nilai tambah, kehadiran global dan kebingkasan teknikal kami, direka bentuk untuk meningkat dengan mudah. Thredd diperakui oleh Visa dan Mastercard untuk memproses transaksi secara global dan mempunyai pejabat berjenama di London, Newcastle, Singapura dan Sydney, dengan rakan sekerja dari jauh yang berpangkalan di seluruh dunia.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Individu untuk Dihubungi

Katie Moxom
katie.moxom@cognitomedia.com
 
Sumber: Thredd

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment