Friday, May 24, 2024

BLUESCOPEX MENAJA INISIATIF UNTUK MENGEMBANGKAN INOVASI DALAM PEMBINAAN HIJAU DI SELURUH ASEAN

SINGAPURA, 23 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- BlueScopeX, cabang modal usaha niaga korporat BlueScope, menyertai program Cabaran Inovasi Ekonomi Hijau Australia (Australia Green Economy Innovation Challenge - AGEIC) yang dianjurkan oleh Enterprise Singapore bertujuan memacu pembiayaan dan pembangunan teknologi berinovatif bagi menyampaikan transformasi mampan dalam pembinaan. BlueScope ialah peneraju global dalam produk salutan dan pengecatan logam untuk digunakan dalam industri pembinaan.

AGEIC, dilancarkan pada lewat bulan April 2024, menghimpunkan syarikat permulaan dan PKS (perusahaan kecil dan sederhana) untuk bekerjasama dengan syarikat utama Australia merentasi sektor utama termasuk Alam Bina, Makanan dan Pertanian, serta Pengangkutan dan Logistik, kesemuanya berhasrat menyelesaikan cabaran kelestarian kritikal. BlueScopeX akan mempertimbang cadangan penyelesaian baharu bertujuan menambah baik secara asas prestasi terma, jejak karbon dan kelestarian am bangunan perindustrian dan komersial melalui reka bentuk, produk, sistem dan kaedah pemasangan yang lebih baik. Skop ini merangkumi semua peringkat kitaran hayat bangunan, daripada reka bentuk konsep sehingga pembinaan, operasi dan juga merobohkan.

Syarikat permulaan dan PKS yang berminat dialu-alukan untuk membentangkan cadangan terperinci idea syarikat atau perniagaan masing-masing, menunjukkan cara teknologi baharu syarikat atau perniagaan merevolusikan reka bentuk dan pembinaan bangunan perindustrian dan komersial supaya lebih hijau dan cekap. Pemohon yang berjaya akan layak mendapat pembiayaan yang ditaja oleh BlueScopeX bagi meneruskan dan merealisasikan pembangunan inovasi masing-masing. Pemohon yang berjaya ini juga akan mempunyai akses kepada kepakaran industri BlueScope, serta rangkaian dan perhubungan syarikat.

Di negara anggota ASEAN, BlueScope sudah mempercepat transformasi sendiri dalam beralih kepada amalan perniagaan yang lebih mampan. Syarikat itu telah mengoptimumkan garis cat di kilang pembuatan, bagi membolehkan pemulihan haba dan kecekapan tenaga yang lebih baik. Begitu juga, reka bentuk semula barisan pengeluaran telah membolehkan BlueScope mengitar semula wap dari dandang bagi menjimatkan air. Lebih kurang 5,000 tan air berjaya dijimatkan setiap tahun melalui sistem penuaian air hujan yang disediakan di kemudahan pembuatan dan sejumlah 20 MW kapasiti kuasa suria dipasang untuk membantu meningkatkan penerimagunaan tenaga boleh baharu.

BlueScope mencipta dan memberikan inspirasi kepada penyelesaian pintar dalam keluli. Ibu pejabat syarikat terletak di Australia dan perniagaan ini menjalankan lebih 160 tapak operasi di 16 negara, bersama 16,500 pekerja di seluruh dunia. Di rantau ASEAN, syarikat berkenaan telah mempunyai kehadiran pembuatan tempatan sejak tahun 1965, yang merangkumi operasi di Indonesia, Malaysia, Singapura, Thailand dan Vietnam. BlueScope memasarkan pelbagai produk berjenama yang termasuk keluli COLORBOND® yang dicat terlebih dahulu, keluli ZINCALUME® bersalut aloi zink/aluminium, serta rangkaian produk binaan LYSAGHT®

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Individu untuk Dihubungi

James Li | Naib Presiden, Transformasi Perniagaan, NS BlueScope Pte. Ltd.
T +65 6832 3512 | M +65 9626 2750
james.li@bluescope.com | W www.nsbluescope.com
A 238B Thomson Road, #17-01 Novena Square Tower B, Singapura 307685

Sumber: BlueScopeX

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment