Thursday, May 16, 2024

GINCU MERAH JAMBU DAN IBU JARI HIJAU: MARY KAY INC. MERAIKAN ULANG TAHUN 60 TAHUN KECANTIKAN MAMPAN DENGAN ACARA PENANAMAN POKOK ISTIMEWA DI LEWISVILLE




DALLAS, 15 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) --
 Mary Kay Inc., peneraju korporat dalam kelestarian global, memperkukuh akar umbi syarikat di Lewisville. Pada 10 Mei, syarikat bekerjasama dengan Yayasan Arbor Day dan Keep Lewisville Beautiful untuk menganjurkan acara penanaman pokok di Taman Railroad bertujuan meraikan Hari Alam Semula Jadi dan Hari Ibu.

“Melalui perkongsian dengan organisasi seperti Yayasan Arbor Day, Mary Kay memberikan impak positif kepada alam sekitar dalam ekosistem tempat kami beroperasi di seluruh dunia,” kata Ryan Rogers, Ketua Pegawai Eksekutif Mary Kay, Inc. dan cucu kepada Mary Kay Ash. “Tetapi perubahan bermula di belakang halaman rumah anda sendiri. Kami gembira dapat 'menceriakan' komuniti dengan menanam pokok yang akan memberikan manfaat kepada keluarga setempat untuk generasi akan datang.”

Sukarelawan Mary Kay menanam 60 pokok asli di sepanjang denai dan jalan air di Taman Railroad, melambangkan ulang tahun ke-60 syarikat memperkaya kehidupan wanita dan keluarga mereka di seluruh dunia serta melindungi planet ini. Taman tersebut terletak empat batu dari Pusat Pembuatan/R&D (R3) Richard R. Rogers yang canggih. Pokok yang ditanam di lokasi ini secara langsung memberikan impak kepada komuniti Lewisville dengan menyediakan teduhan yang sangat diperlukan di ruang komuniti, mempertingkat pengindahan kawasan rekreasi dan menyediakan manfaat ekosistem yang penting di kawasan tadahan air Sungai Trinity.

"Kami amat teruja melihat Mary Kay menyumbang kepada sudur pokok Lewisville,” kata TJ Gilmore, Datuk Bandar Lewisville. “Inisiatif ini bukan sahaja memberikan hirupan udara segar untuk bandar kami, malah ini juga membuktikan perkongsian yang berkembang antara komuniti kami dan syarikat yang sentiasa menyumbangkan kembali kepada kawasan setempat. Bersama-sama, kami menjadikan Lewisville tempat yang lebih baik untuk tinggal dan bekerja."
Perkongsian Mary Kay dengan Yayasan Arbor Day telah menjangkau lebih daripada 16 tahun—dan pada masa itu, syarikat telah membantu menanam 1.4 juta pokok di seluruh dunia. Yayasan Arbor Day ialah organisasi bukan untung dengan keahlian terbesar di dunia yang berdedikasi untuk penanaman pokok.

“Yayasan Arbor Day berdedikasi untuk membantu rakan penanaman tempatan kami membuka kuasa transformatif pokok dalam komuniti masing-masing,” kata Dan Lambe, Ketua Eksekutif Yayasan Arbor Day. “Pokok membersihkan udara kita, menyejukkan bandar kita dan menambah baik kehidupan masyarakat sekeliling. Kami gembira dapat bekerjasama dengan Mary Kay dan Keep Lewisville Beautiful lagi yang bertujuan memaksimumkan impak sudur bandar dan memberikan inspirasi kepada lebih ramai individu untuk melibatkan diri dengan alam semula jadi melalui cara yang bermakna.”

Keep Lewisville Beautiful ialah organisasi bukan untung alam sekitar tempatan yang bekerjasama dengan organisasi untuk menanam pokok dan menyediakan peluang menjaga sudur pokok Lewisville di tanah awam kepada penduduk setempat.

“Penanaman pokok ialah pelaburan dalam masa depan komuniti kami,” kata Amy Wells, Pengarah Eksekutif Keep Lewisville Beautiful. “Semua pokok ini akan membantu mewujudkan teduhan untuk keluarga yang melawat Taman Railroad, menyediakan habitat kepada hidupan liar tempatan dan akan memberikan pelbagai manfaat ekologi bagi persekitaran tempatan kita. Keep Lewisville Beautiful teruja dapat bekerjasama dengan Mary Kay dan Yayasan Arbor Day bagi meningkatkan sudur pokok Lewisville dan membuat perbezaan yang ketara dalam komuniti kami bersama sukarelawan Mary Kay. Sumbangan derma yang diberikan kepada komuniti kami dan KLB akan membantu mengekalkan keindahan Lewisville.”

Berikutan dengan inisiatif penanaman tersebut, Jabatan Taman Lewisville komited untuk melaksanakan penyelenggaraan dan pemeliharaan pokok jangka panjang dengan penyiraman, pemangkasan dan penjagaan tambahan.

Adakah anda tahu:
• Pusat Pembuatan/R&D R3 di Lewisville diberi nama sebagai penghormatan kepada pengasas bersama Mary Kay Inc. dan anak lelaki Mary Kay Ash, Richard R. Rogers.
• Dibina di atas tanah seluas 26 ekar, R3 menampilkan makmal R&D terkini dan teknologi pembuatan termaju.
• 57% daripada produk yang dikilangkan di R3 dieksport ke pasaran antarabangsa Mary Kay.
• Kapasiti pengeluaran R3 ialah sehingga 1.1 juta produk sehari. Kemudahan ini menawarkan 20 barisan pembungkusan produk dan 21 bekas pemprosesan dan tangki pencampur.
• R3 ialah kemudahan yang mendapat pengiktirafan LEED Building Design and Construction Silver-Certified.

Maklumat Tentang Mary Kay

Dahulu. Kini. Selamanya Seorang pengasas asal yang berjaya mengatasi penghalang kemajuan profesion, Mary Kay Ash mengasaskan jenama kecantikan impiannya di Texas pada tahun 1963 dengan satu matlamat: memperkaya kehidupan wanita. Impian tersebut telah berkembang menjadi syarikat dengan jutaan ahli tenaga jualan bebas di lebih daripada 35 negara. Selama 60 tahun, peluang Mary Kay telah memperkasa wanita untuk menentukan masa depan mereka sendiri melalui pendidikan, pementoran, sokongan dan inovasi. Mary Kay berdedikasi untuk melabur dalam sains di sebalik kecantikan dan pembuatan penjagaan kulit termaju, kosmetik warna, suplemen pemakanan dan wangian. Mary Kay percaya dalam memelihara planet kita untuk generasi akan datang, melindungi wanita yang terjejas akibat kanser dan penderaan rumah tangga dan menggalakkan belia untuk mengikuti impian mereka. Ketahui lebih lanjut di marykayglobal.com, temui Mary Kay dalam FacebookInstagram dan LinkedIn, atau ikuti kami dalam Twitter.

Maklumat Tentang Yayasan Arbor Day

Diasaskan pada tahun 1972, Yayasan Arbor Day ialah organisasi keahlian bukan untung terbesar yang berdedikasi untuk penanaman pokok. Bersama dengan rakan niaga, kami telah membantu menanam lebih daripada 500 juta pokok di kawasan kejiranan, komuniti, bandar dan hutan di seluruh dunia. Wawasan kami ialah memimpin ke arah dunia yang menggunakan pokok bagi menyelesaikan isu kritikal untuk terus hidup. Melalui ahli, rakan niaga dan program kami, Yayasan Arbor Day memberikan inspirasi kepada orang ramai di seluruh dunia untuk menanam, memupuk dan meraikan pokok. Maklumat lanjut tersedia di arborday.org.

Maklumat Tentang Keep Lewisville Beautiful

Keep Lewisville Beautiful (KLB) ialah sekutu bukan untung dan pemenang anugerah kepada Keep America Beautiful dan Keep Texas Beautiful. Misi KLB ialah untuk “melibatkan warga Lewisville melalui perkhidmatan dan pendidikan dalam usaha meningkatkan persekitaran komuniti mereka”. Visi kami ialah untuk bekerjasama dengan komuniti dalam usaha mempromosikan kualiti alam sekitar, menjadikan Lewisville tempat terbaik untuk tinggal, bekerja dan bermain. Setiap tahun, sukarelawan KLB menyumbang lebih 10,000 jam sukarelawan ke arah program pengurangan sarap, pendidikan mengenai alam sekitar dan pengindahan, serta membuang 25+ TAN sampah dari ruang hijau dan jalan air komuniti. Ketahui lebih lanjut di keeplewisvillebeautiful.org

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=18150

No comments:

Post a Comment