Tuesday, May 28, 2024

SIDANG KEMUNCAK DIGITAL CHINA KE-7 DIADAKAN DI FUZHOU DI WILAYAH FUJIAN DI TENGGARA CHINA DENGAN HASIL YANG SANGAT BAIK





FUZHOU, China, 27 Mei, 2024 /Xinhua-AsiaNet/--

Sidang Kemuncak Digital China ke-7 telah berlangsung di Fuzhou di Wilayah Fujian di tenggara China, pada 24-25 Mei, 2024. Acara besar-besaran ini dianjurkan bersama oleh Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Nasional, Pentadbiran Data Kebangsaan, Pentadbiran Ruang Siber China, Kementerian Sains dan Teknologi bagi Republik Rakyat China, Suruhanjaya Penyeliaan dan Pentadbiran Aset Milik Negara bagi Majlis Negeri, dan Kerajaan Rakyat Wilayah Fujian, dan dianjurkan oleh Kerajaan Perbandaran Fuzhou dan unit-unit yang berkaitan.
 
Tahun ini, DCS, yang julung kali diadakan selepas pengoptimuman dan pelarasan bagi sistem data negara, telah bertemakan "Membuka Kunci Nilai bagi Elemen Data dan Membangunkan Produktiviti Kualiti Baharu". Wakil daripada pelbagai bidang telah membincangkan teknologi, model dan inovasi perniagaan baharu, dengan menetapkan satu arah aliran untuk memerhatikan China di dalam era digital. 
 
Sebanyak 421 projek ekonomi digital telah ditandatangani pada sidang kemuncak ini, dengan sejumlah pelaburan sebanyak 203 bilion yuan. Projek-projek ini merangkumi industri digital, transformasi digital dan infrastruktur baharu, yang bertujuan untuk membina satu rantaian industri ekonomi digital yang berkualiti, dan membawa momentum baharu kepada ekonomi digital Fujian.
 
Semasa sidang kemuncak itu, satu siri teknologi dan produk digital baharu telah didedahkan, dan 13 sub-forum telah berjaya diadakan, yang meliputi topik mengenai sumber data dan keselamatan digital, ekonomi digital dan perkhidmatan kerajaan digital, dsb. 
 
DCS tahun ini juga telah menyaksikan pengeluaran Laporan mengenai Pembangunan Digital China (2023), yang menunjukkan pertumbuhan China yang stabil di dalam ekonomi digital pada tahun 2023, dengan nilai tambah bagi industri teras terdiri daripada 10% daripada KDNK. Selain itu, pasaran faktor data menjadi semakin aktif, dengan jumlah pengeluaran data mencapai 32.85 ZB (satu ZB bersamaan dengan sepuluh trilion bilion bait) pada tahun 2023, dengan menandakan satu peningkatan 22.44% tahun ke tahun. Selain itu, infrastruktur digital China telah berkembang, dengan jumlah kuasa aritmetik mencapai 230 EFLOPS, untuk menduduki tempat kedua di seluruh dunia.
 
DCS telah berjaya diadakan selama tujuh tahun berturut-turut sejak tahun 2018.
  
Sumber: Sekretariat bagi Jawatankuasa Penganjur Sidang Kemuncak Digital China
 
-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment