Wednesday, May 22, 2024

TINJAUAN FICO: 1 DALAM 3 RAKYAT MALAYSIA BIMBANG DITIPU MEMANDANGKAN RISIKO PEMBAYARAN MASA NYATA MENINGKAT

32% daripada rakyat Malaysia paling bimbang diperdaya supaya membuat pembayaran kepada penjenayah

KUALA LUMPUR, Malaysia, 21 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE-- (NYSE: FICO)

Sorotan

• Penipuan Pembayaran ialah kebimbangan jenayah kewangan utama bagi 32% daripada rakyat Malaysia
• Kebimbangan kecurian identiti berterusan, dengan 37% mempercayai bahawa mereka telah atau mungkin pernah menjadi mangsa
• Penipuan pembayaran masa nyata semakin meningkat, dengan 76% menerima komunikasi penipuan
• Perlindungan penipuan adalah amat penting, dengan kedudukan dalam kemudahan penggunaan dan perlindungan penipuan yang baik sebagai pertimbangan utama untuk memilih penyedia perkhidmatan kewangan

FICO, firma perisian analisis global yang terkemuka, pada hari ini melancarkan penyelidikan penipuan pengguna global terkini, menjelaskan kekhuatiran berterusan rakyat Malaysia mengenai penipuan pembayaran masa nyata semasa peningkatan penerimagunaan saluran pembayaran baharu, mudah dan pantas sedang berlaku. Menurut kajian itu, kebimbangan utama rakyat Malaysia kekal risiko diperdaya supaya menghantar wang kepada penjenayah (32%), yang mendedahkan individu kepada kerugian serta-merta, tidak boleh diubah yang jarang sekali mendapat pembayaran balik.

Selain itu, kebimbangan tentang kecurian identiti berterusan, dengan lebih 25% daripada rakyat Malaysia menyebut perkara tersebut sebagai kebimbangan jenayah kewangan utama mereka. Penipuan jenis ini membawa risiko tambahan melangkaui kerugian kewangan, seperti skor kredit yang terjejas dan proses memulihkan integriti kewangan yang cukup mencabar.

Maklumat lanjut: https://www.fico.com/en/latest-thinking/ebook/consumer-survey-2023-digital-banking-customer-preferences-and-fraud-controls

“Penerimagunaan pembayaran masa nyata Malaysia terus pantas meningkat, dengan 92% daripada rakyat dewasa telah menghantar pembayaran masa nyata dan 55% menjangka akan meningkatkan penggunaan mereka pada tahun hadapan,” kata C K Leo, ketua untuk bahagian penipuan, keselamatan dan kewangan jenayah FICO di Asia Pasifik. “Memandangkan penerimagunaan pembayaran masa nyata melonjak, didorong oleh platform seperti Boost, Touch & Go (TnG) dan GrabPay, kami menyaksikan peralihan transformatif dalam tingkah laku kewangan. Namun begitu, di tengah-tengah pendigitalan yang pesat ini muncul keperluan mendesak untuk meningkatkan kewaspadaan terhadap penipu yang bersembunyi di alam digital.”

Penipuan Pembayaran Masa Nyata: Kebimbangan yang Semakin Meningkat

Memandangkan kejadian penipuan terus meningkat, penyelidikan FICO dari tahun lepas mendedahkan trend yang membimbangkan berkaitan dengan penipuan pembayaran tolakan yang dibenarkan (APP) dan pembayaran masa nyata di Malaysia. Kira-kira 76% daripada rakyat Malaysia telah menerima mesej teks, e-mel, panggilan telefon yang tidak diminta, atau bantuan lain yang mereka percaya menjadi sebahagian daripada penipuan, manakala 54% daripada responden menyatakan bahawa rakan atau ahli keluarga mereka telah menjadi mangsa penipuan.

Anehnya, 19% daripada responden mengaku menghantar pembayaran masa nyata untuk pelaburan, barangan, atau perkhidmatan yang tidak pernah mereka terima. Selain itu, 41% daripada mereka yang membuat pembayaran penipuan melalui pembayaran masa nyata kerugian sehingga RM500, manakala 10% mengalami kerugian sehingga RM7,500. Walaupun angka yang ditunjukkan ini cukup membimbangkan, hanya 28% melaporkan kerugian sebenar atau disyaki kepada bank mereka.

"Pada masa ini, pihak Bank menghadapi detik penting untuk melabur dalam penyelesaian termaju bagi menangani lonjakan dalam penipuan, terutamanya dengan pengambilan pembayaran masa nyata yang pantas dalam landskap kewangan Asia-Pasifik,” kata Leo. “Sifat transaksi yang tidak boleh diubah ini telah membawa kepada ancaman jenayah baharu. Dengan mengintegrasikan analisis khusus penipuan dan penskoran ke dalam transaksi, bersama dengan keupayaan membuat keputusan yang teguh merentasi perjalanan pelanggan, bank boleh mengesan dan menggagalkan pembayaran penipuan terlebih dahulu, menyelamatkan pelanggan daripada bahaya kewangan. Tambahan pula, walaupun sesetengah pengguna mungkin mengabaikan amaran, majoriti akan mengambil kira makluman dan mengelakkan daripada membuat pembayaran masa nyata jika dimaklumkan tentang kemungkinan terdapat penipuan."

Persepsi berbanding dengan Kenyataan

Walaupun ada kebimbangan secara meluas tentang kecurian identiti, terdapat percanggahan yang ketara antara persepsi dan kenyataan dalam kalangan rakyat Malaysia. Kira-kira 32% percaya bahawa mereka tidak mungkin menjadi mangsa, manakala 18% melihat ini sebagai kemungkinan dan 17% berasa yakin bahawa identiti mereka kekal tidak disentuh.

Tambahan pula, hanya 7% daripada responden Malaysia melaporkan identiti mereka yang dicuri digunakan untuk membuka akaun kewangan, meningkat daripada hampir 6% pada tahun 2022. Walau bagaimanapun, memandangkan penduduk dewasa Malaysia, 7% ini diterjemahkan kepada lebih 1.6 juta individu. Menariknya, kadar ini jauh lebih tinggi di negara lain yang tinjauan dibuat, dengan 13% daripada rakyat India dan 12% daripada rakyat Thailand mengatakan bahawa identiti mereka telah dicuri dan digunakan untuk membuka akaun oleh penipu.

“Walaupun sesetengah pihak mungkin memperkecil risiko kecurian identiti di Malaysia, jutaan penduduk kekal terdedah kepada masalah ini,” tambah Leo. “Ini menegaskan keperluan untuk meningkatkan kesedaran dan langkah proaktif. Dengan memecahkan silo dan mengintegrasikan proses pengesahan identiti, serta pengesanan penipuan, kami boleh memperkemas aplikasi dan memperkukuh kepercayaan terhadap pelanggan yang sah.”

Rakyat Malaysia Mengutamakan Perlindungan Penipuan yang Baik

Apabila ditanya tentang pertimbangan paling penting yang responden miliki apabila mereka memilih penyedia baharu untuk akaun kewangan, perlindungan penipuan yang baik dan kemudahan penggunaan merupakan dua perkara yang paling penting. Kedua-duanya dianggap lebih penting berbanding perkhidmatan pelanggan yang baik, dasar antipengubahan wang haram yang kukuh, dasar hijau/persekitaran yang kuat, penggunaan data pelanggan yang beretika, berkelakuan adil dan berbaloi dengan harga.

Tinjauan itu dijalankan pada bulan November 2023 oleh syarikat penyelidikan bebas yang mematuhi standard industri penyelidikan. 1,000 rakyat dewasa Malaysia ditinjau, bersama dengan kira-kira 12,000 pengguna lain di Kanada, Amerika Syarikat, Brazil, Colombia, Mexico, India, Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand, U.K. dan Sepanyol.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Individu untuk Dihubungi

Lizzy Li
RICE untuk FICO
+65 9034 7768
lizzy.li@ricecomms.com

Saxon Shirley
FICO
+65 9171 0965
saxonshirley@fico.com
 
Sumber: FICO

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment