Thursday, September 22, 2016

KEIO PLAZA HOTEL TOKYO MENAWARKAN BUFET MANISAN, KOKTEL DAN MENU BERTEMAKAN "ALICE IN WONDERLAND"

TOKYO, 22 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Keio Plaza Hotel Tokyo (KPH), satu daripada hotel antarabangsa yang paling berprestij di Jepun yang terletak di Shinjuku, Tokyo, akan menawarkan menu istimewa yang berdasarkan kepada tema "Pengembaraan Alice in Wonderland," novel yang tak lapuk dek zaman yang ditulis oleh Lewis Carroll, di tiga buah restoran di dalam hotel kami dari 1 Oktober 2016 hingga 31 Januari, 2017. Di restoran makan sepanjang hari kami, terdapat satu bufet manisan yang dipanggil “Alice’s Sweets Party,” manakala ruang istirehat dan restoran kami menawarkan pelan hidangan yang merangkumi perkhidmatan minuman tanpa had berharga tetap selama tiga jam.
 
Restoran All Day Dining “Jurin” akan menyediakan sandwic buah-buahan yang mencontohi pelbagai suit daun terup, krim paf dalam imej pasangan kembar Tweedle Dee dan Tweedle Dum, dan sebanyak 30 pencuci mulut berbeza yang indah dan lazat untuk dinikmati oleh tetamu sebagai sebahagian daripada bufet pencuci mulut. Di samping itu, hadiah istimewa akan diberikan kepada tetamu yang memakai pakaian dan aksesori yang mencontohi watak-watak Lewis, yang menyerlahkan suasana "Pengembaraan Alice in Wonderland" semasa acara ini.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9345

No comments:

Post a Comment