Thursday, September 8, 2016

MENETAPKAN SATU TANDA ARAS BAHARU BAGI PEMBUATAN PINTAR CHINA: FOTON MOTOR MENJADI RAKAN KENDERAAN RASMI SIDANG KEMUNCAK G20

BEIJING, 7 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Foton Motor mengumumkan bahawa ia telah menjadi pembekal kenderaan rasmi bagi Sidang Kemuncak Hangzhou G20, yang bermula pada 4 September 2016, yang menghimpunkan pemimpin-pemimpin anggota G20, beberapa negara tetamu dan pertubuhan antarabangsa untuk membincangkan cabaran-cabaran mendesak yang dihadapi oleh pentadbir urus ekonomi dunia di bawah tema "Ke arah satu Ekonomi Dunia yang Berinovasi, Cergas, Saling Berhubungan dan Inklusif."

Selain daripada isu-isu panas yang menarik perhatian meluas seperti "inovasi mod pertumbuhan" dan "tadbir urus ekonomi dan kewangan global yang lebih cekap", "ekonomi hijau dan pembangunan mapan" juga merupakan satu fokus penting bagi sidang kemuncak ini. Untuk cara pengangkutan yang paling berkaitan yang menyokong Sidang Kemuncak itu, kenderaan tenaga baharu buat pertama kalinya telah digunakan secara besar-besaran semasa sidang kemuncak itu. Ini menunjukkan keyakinan China sebagai presiden sidang kemuncak itu, selain kesungguhan China untuk menangani perubahan iklim global dan meningkatkan persekitaran kehidupan manusia sejagat.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9289

No comments:

Post a Comment