Thursday, September 8, 2016

XURA MELANTIK CHARLES MARSH SEBAGAI PENGARAH URUSAN BARU AMERIKA


Ketua serantau yang baru memimpin operasi Xura bagi membina perhubungan pelanggan, memacu inisiatif strategik dan melaksanakan peluang pertumbuhan.

WAKEFIELD, Mass., 7 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Xura, Inc., penyedia perkhidmatan komunikasi digital terkemuka, hari ini mengumumkan perlantikan Charles Marsh sebagai Pengarah Urusan bagi operasi Amerika, termasuk perniagaan Amerika Utara dan Latin. Dengan pengalaman hampir 30 tahun dalam industri telekomunikasi, Marsh akan memainkan peranan yang penting dalam mengukuhkan kehadiran syarikat dalam serantau, membina perhubungan dengan pelanggan dan memacu peluang pertumbuhan komersial yang baru. Bertapak di pejabat Xura di Plano, Texas, Marsh akan melapor secara langsung kepada Ketua Pegawai Eksekutif Xura, Philippe Tartavull, dan juga dilantik sebagai Jawatankuasa Eksekutif Xura.

“Charles adalah seorang pemimpin yang cemerlang dengan pengalaman unik dan luas dalam komunikasi digital dan kami teruja memiliki beliau menjadi sebahagian daripada pasukan kepimpinan,” kata Philippe Tartavull, CEO Xura. “Dengan perhubungan meluas, pengetahuan mendalam pada rantaian nilai telekomunikasi global dan cara pemikiran yang menumpukan terhadap memajukan cita-cita pertumbuhan serantau syarikat, ini menjadikan beliau sebagai pilihan yang logik buat Xura. Bidang kuasa beliau sekarang adalah untuk melaksanakan strategi kami secara tempatan, di samping memacu dan mengoptimumkan pasukan di Amerika untuk menarik permintaan terhadap produk kami di seluruh portfolio pesanan dan pengewangan.” 

No comments:

Post a Comment