Sunday, September 4, 2016

Larian Kebajikan Kutip Sumbangan Untuk NASOM

Mohamed Nazri Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Danajamin dan Feilina S.Y Muhammad Feisol, Pengerusi NASOM bersama dengan peserta-peserta larian "Danajamin Mighty7 Run"



CYBERJAYA, 4 Sept (Bernama) -- Kira-kira 800 peserta mengambil bahagian dalam Larian Kebajikan Mighty 7 dan berjaya mengutip sumbangan berjumlah RM30,255 untuk Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM).

Diadakan di Persiaran Flora di sini, larian sejauh 7 kilometer itu adalah satu daripada aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Danajamin Nasional Berhad (Danajamin) sebagai sumbangan ke arah pembangunan sosioekonomi masyarakat.

--BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/newsindex.php?id=1279577

No comments:

Post a Comment