Monday, March 4, 2024

JEPUN MENGANJURKAN PERSIDANGAN UNTUK MENINGKATKAN PERTUMBUHAN EKONOMI DAN PEMULIHAN UKRAINE




Table

Perdana Menteri Kishida Fumio menekankan cara Jepun boleh menyumbang kepada pembinaan semula Ukraine selepas perang. (Foto oleh: Pejabat Hal Ehwal Awam Kabinet)


Tiga Ratus Pegawai Kerajaan dan Wakil Perniagaan Berkumpul untuk Menunjukkan Sokongan Jepun terhadap Pembinaan Semula Ukraine


TOKYO, 4 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pada 19 Februari, wakil-wakil kerajaan Jepun dan Ukraine, serta organisasi perniagaan, berkumpul di Tokyo untuk Persidangan Jepun-Ukraine bagi Menggalakkan Pertumbuhan Ekonomi dan Pembinaan Semula.

Delegasi kerajaan Jepun, yang dipimpin oleh Perdana Menteri Jepun Kishida Fumio, berikrar untuk menyokong pemulihan Ukraine dalam jangka panjang melalui kerjasama awam dan swasta. Delegasi Ukraine, yang dipimpin oleh Perdana Menteri Ukraine Denys Shmyhal, mengucapkan terima kasih kepada Jepun atas bantuan yang diberikan dan mengundang perniagaan Jepun untuk melabur dalam pembinaan semula Ukraine. Setiap delegasi terdiri daripada lebih 100 orang pegawai kerajaan dan korporat. Secara keseluruhan, kira-kira 300 orang dan 130 buah syarikat mengambil bahagian dalam persidangan tersebut. Kedua-dua kerajaan bersetuju untuk bekerjasama dalam tujuh bidang utama: penyingkiran periuk api dan pembersihan sisa-sisa, bantuan kemanusiaan dan pemulihan cara hidup, pembangunan pertanian, bioteknologi, teknologi maklumat dan digital, infrastruktur pengangkutan dan tenaga, dan langkah-langkah penguatan antirasuah dan tadbir urus.

Dalam ucaptama beliau, Perdana Menteri Kishida menyifatkan memberi sokongan pemulihan kepada Ukraine daripada peperangan yang sedang berlangsung sebagai "melabur dalam masa depan," dan mengajak komuniti antarabangsa untuk menyumbang bersama. "Sektor awam dan swasta Jepun akan bekerjasama melalui pendekatan serba Jepun, menggunakan pengetahuan yang diperoleh daripada usaha pemulihan pascaperang dan bencana Jepun," katanya dalam ucapan beliau. "Namun, promosi pemulihan ekonomi ini bukan hanya pelaburan untuk masa depan Ukraine tetapi juga pelaburan untuk Jepun dan seluruh dunia." Beliau menekankan inisiatif baharu bagi sektor awam dan swasta Jepun untuk menyokong Ukraine. Kishida juga mengumumkan bahawa Jepun akan melonggarkan keperluan visa masuk bagi warganegara Ukraine yang terlibat dalam projek kerjasama Jepun-Ukraine.

Perdana Menteri Shmyhal mengucapkan terima kasih kepada Jepun atas bantuan yang berterusan dan kepada Perdana Menteri Kishida atas lawatan beliau ke Ukraine pada tahun 2023. Beliau menambah, "Persidangan hari ini akan menjadi langkah seterusnya ke arah meneruskan pembangunan hubungan kedua-dua negara." Shmyhal menyatakan kejayaan kewangan syarikat-syarikat Jepun di Ukraine setakat ini dan mengundang perniagaan untuk melabur lebih lanjut dalam "keajaiban ekonomi Ukraine yang akan datang." Beliau menekankan sektor-sektor utama seperti tenaga, pertanian dan infrastruktur sebagai menawarkan peluang pelaburan utama dengan potensi pertumbuhan yang kukuh.

Kedua-dua pemimpin menekankan komitmen mereka terhadap kerjasama ini, serta kepentingan sektor swasta dalam pembinaan semula Ukraine.

Persidangan ini menghasilkan pengumuman 56 dokumen, termasuk perjanjian antara kerajaan. Kedua-dua kerajaan menandatangani satu konvensyen yang menghapuskan cukai ganda, yang akan menyokong syarikat-syarikat Jepun untuk melabur di Ukraine. Mereka juga menandatangani satu perjanjian tentang kredit bersama, bertukar nota bertulis berkenaan bantuan geran untuk pemulihan kecemasan, dan perjanjian untuk bekerjasama dalam bidang pendidikan dan teknologi.

Dokumen lain termasuk perjanjian antara agensi kerajaan dan perniagaan individu dan organisasi perniagaan. Syarikat-syarikat Jepun menandatangani perjanjian dengan syarikat-syarikat dan agensi kerajaan Ukraine untuk membangun kemudahan tenaga, membina semula infrastruktur, menyingkirkan periuk api, dan lain-lain.

Sejak pencerobohan Rusia pada Februari 2022, Jepun secara konsisten telah menyediakan bantuan kemanusiaan dan bantuan lain kepada Ukraine. Dengan kerjasama awam dan swasta yang diumumkan dalam persidangan ini, Jepun merancang untuk menggunakan kepakaran teknologinya dan pengalaman dalam pemulihan dan pembinaan pascabencana untuk memperkuat sokongan terhadap Ukraine.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/53903285/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Butiran Hubungan
Kementerian Luar Negeri
+81-(0)3-3580-3311
 
Sumber: Kementerian Luar Negeri Jepun

No comments:

Post a Comment