Tuesday, March 5, 2024

PODCAST HASIL 'THE NEXT EPISODE' KONGSI INFO CUKAI

Ketua Pegawai Eksekutif HASiL (dua dari kiri), Financial Faiz (satu dari kiri), Dr. Say (satu dari kanan) dan Sean Lje (dua dari kanan) bergambar bersama dengan panelis Rakan Strategik HASiL (RASH).

 KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) --  Sambutan Hari HASiL ke-28 dimeriahkan lagi dengan sesi Podcast HASiL ‘The Next Episode with Financial Faiz, Dr. Say & Sean Lje’ pada sebelah malam bertempat di Dewan Bangsawan, Menara Hasil Cyberjaya dengan kehadiran seramai hampir 300 orang peserta yang terdiri daripada Hasilian dan komuniti sekitar Cyberjaya. Sesi ini turut disiarkan secara langsung menerusi platform Youtube HASiL_Malaysia.


Dalam memastikan pendidikan cukai dapat disebarluas dengan lebih menyeluruh melalui inisiatif Awareness, Education And Services (A.E.S), sesi ini dilihat sebagai satu platform perkongsian maklumat percukaian secara santai kepada orang ramai dalam memberi inspirasi, motivasi serta melahirkan rasa tanggungjawab kepada pematuhan cukai dalam kalangan masyarakat. Program selama dua (2) jam ini turut membuka ruang kepada komunikasi dua hala antara HASiL dan orang awam dalam usaha meningkatkan mutu perkhidmatan sekali gus membuktikan HASiL sebagai agensi yang terbuka kepada sebarang cadangan, pandangan dan idea untuk kelestarian ekosistem percukaian negara.

Podcast HASiL ini dibarisi oleh pegawai kanan HASiL iaitu Encik Mohamad Razli bin Mohamad Ali, Pengarah Bahagian Perhubungan Awam dan Multimedia dari Jabatan Khidmat Korporat sebagai moderator, manakala ahli panel terdiri daripada pempengaruh dan selebriti terkenal tanah air yang juga merupakan Rakan Strategik HASiL (RASH) lantikan tahun 2023/ 2024 iaitu Financial Faiz, Dr. Say Shazril dan Sean Lje.

Turut sama hadir ialah YBhg. Datuk Dr. Abu Tariq bin Jamaluddin, Ketua Pegawai Eksekutif HASiL, YBhg. Dato’ Wan Ramiza binti Wan Ghazali, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi Percukaian), YBhg. Datuk Hisham bin Rusli, Timbalan Ketua Eksekutif (Pengurusan), barisan pengurusan kanan HASiL serta jemputan agensi-agensi dari sekitar Cyberjaya dan Putrajaya.

Untuk sebarang pertanyaan serta maklum balas, sila hubungi kami menerusi:

a) Hasil Contact Centre (HCC) di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1000 (Luar Negara);

b) HASiL Live Chat; atau

c) Borang Maklum Balas di Portal Rasmi HASiL di pautan pantas
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public/

Dikeluarkan Oleh:
Bahagian Perhubungan Awam dan Multimedia
Jabatan Khidmat Korporat
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Tarikh: 1 Mac 2024

SUMBER : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia​

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia​
Hasil Contact Centre: 03-8911 1000 / 603-8911 1000 (luar negara)
Portal Rasmi : 
www.hasil.gov.my

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment