NEW YORK, 23 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) --
Sektor industri pelancongan antarabangsa yang bernilai US$ 7.6 trilion,
menjanakan kira-kira 10% GDP daripada seluruh dunia. Jenama
antarabangsa dan pemilik hotel tempatan menghadapi persaingan yang
sengit di era internet. Sepanjang dekad ini, hotel perlu menguruskan
tempahan-tempahan yang diterima dari pelbagai saluran dan
menghabiskan waktu untuk semak ketersediaan bilik dan menyusun jadual
pelanggan. OwlTing, sebuah syarikat teknologi berasal dari Negeri Taiwan
yang terkenal dengan teknologi rantaian blok (blockchain) dan
perniagaan e-dagang, melancarkan "Sistem Pengurusan Hotel OwlNest
Blockchain," sebuah platform pengurusan penginapan bersepadu yang mampu
membantu hotel di seluruh dunia untuk meningkatkan kesedaran jenama dan
kepuasan pelanggan.
Pelancongan Antarabangsa Yang Terus Berkembang Mencabar Mutu Sistem Tempahan Hotel
Dengan
munculnya pelbagai agensi pelancongan online (Online Travel Agent,
OTA), hotel perlu menyeimbangkan harga yang dibahagi kepada saluran OTA
utama dan di laman web mereka sendiri untuk memastikan keuntungan yang
sihat. Hotel juga perlu lebih memahami pelanggan setia mereka dan
menyediakan strategi pemasaran yang lebih proaktif, tetapi semua ini
tidak mampu diperolehi dengan penggunaan sistem pengurasan yang sedia
ada sekarang. Oleh sebab demikian, OwlTing beri tumpuan dalam mewujudkan
penyelesaian bagi masalah tersebut dengan manfaat inovasi teknologi
maklumat blockchain. Dengan sistem OwlNest, hotel mampu mengurangkan kos
operasi dan meningkatkan kepuasan pelanggan dan mendapat keuntungan
lebih besar melalui platform berasaskan awan bersepadu.
Sistem Pengurusan Hotel Bersepadu Yang Berdasar Atas Sistem OwlNest Blockchain
Produk
OwlTing yang meliputi e-dagang mudah-alih, panduan pelancongan tempatan
dan perkhidmatan blockchain. "Pengalaman kejuruteraan teknologi yang
OwlTing sedia ada, membolehkan kami untuk mencipta teknologi blockchain
inovatif, yang mampu membawa manfaat kepada industri hospitaliti di
taraf antarabangsa," kata Darren Wang, Pengasas dan Ketua Pegawai
Eksekutif OwlTing. " Setelah pelancaran OwlNest, kami semua yang sedang
berhubung dengan hotel dan hostel di antara Amerika Syarikat, Taiwan,
Jepun, Malaysia, bersasaran untuk mencapai 30,000 pengguna di seluruh
dunia pada tahun 2019. Kami mengharapkan bahawa dengan OwlNest yang
berdasar atas teknologi blockchain akan mampu mencipta keuntungan yang
lebih besar kepada hotel dan membawa kepuasan yang lebih baik kepada
pelancong dengan menyelesaikan masalah kritikal yang menyukarkan mereka
selama ini. Kami berusaha tegar untuk menawarkan pilihan bermutu tinggi
kepada pasaran antarabangsa di seluruh dunia. "
OwlNest adalah
sistem pengurusan hotel berdasarkan teknologi blockchain rantaian
Ethereum yang pertama di dunia, dilengkapi dengan sistem pengurusan
pemesanan dan harta (Property Management System, PMS). Dengan bantuan
teknologi Blockchain, kontrak pintar yang ditulis dengan rantaian
Ethereum bukan hanya membolehkan pengurusan inventori bilik yang lebih
fleksibel dan pengurusan tempahan yang lagi cekap, ia juga meningkatkan
privasi pelanggan dan meningkatkan keselamatan transaksi urusniaga.
Selain itu, Kos pengambilan pekerja juga boleh dikurangkan dengan
mengintegrasikan sistem pengurusan hotel (Booking Engine, PMS dan
Channel Manager) pada lejar bersama, sambil menyatukan tempahan dari
portal rasmi hotel, OTA atau saluran pengedaran yang lain.
OwlNest
perkhidmatan blockchain juga membolehkan hotel untuk reka bentuk pakej
harga tersuai, mengenai para pelanggan setia dan ciri kesukaan mereka
dan menyesuaikan kempen promosi yang boleh berdasar atas masa musim dan
mengenai tingkah laku para pelanggan yang secara automatik dan lebih
mudah.
OwlNest yang direka bentuk secara berskala juga
membolehkan hotel memperoleh pendapatan yang lebih banyak dengan
menambah perkhidmatan tambahan di premis, pilihan tambahan panduan
pelancongan tempatan, papan pemuka laman web bersepadu yang boleh
menyambung portal rakan niaga lain dan semua menu membeli-belah seperti
ini boleh didapati di dalam portal mereka sendiri (Booking Engine).
OwlNest juga menyokong beberapa gerbang pembayaran seperti kad kredit,
PayPal, WeChat, Alipay, Apple Pay, Bitcoin dan perkhidmatan pembayaran
berasaskan blockchain yang lain pada masa yang akan datang. Sektor
penginapan dan pemilik hotel akan menikmati manfaat sepenuhnya yang
dibawa oleh sistem online PMS dan enjin tempahan laman web seperti
“Amazon Web Services (AWS)”, bila-bila masa, di mana sahaja.
Taiwan Sebagai Sumber Inovasi Untuk Industri Blockchain Antarabangsa
"OwlTing
adalah pelaburan strategik penting dalam portfolio pelaburan kami,"
kata Thomas Hu, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kyber Capital.
"Membangun modal perniagaan yang memang mampu menyelesaikan masalah
kritikal dalam perniagaan adalah isu utama yang dihadapi oleh industri
blockchain di seluruh dunia. OwlTing telah menetapkan penanda aras
komersial baru yang hasilnya boleh diukur kepada semua usahawan
blockchain. Kami berbangga untuk mengatakan bahawa sekali lagi, syarikat
portfolio kami telah menunjukkan kekuatan dan potensi Taiwan dalam
bidang blockchain. "
Pengenalan Syarikat - OwlTing
OwlTing
adalah syarikat teknologi yang memberi tumpuan kepada e-dagang dan
teknologi blockchain. Perkhidmatan OwlTing termasuk laman sosial,
e-pasaran, panduan pelancongan antarabangsa dan perkidmatan penyelesaian
blockchain. Laman panduan pelancongan OwlTing adalah satu
daripada atas laman online dan yang paling cepat berkembang di Asia
sejak dilancarkan pada tahun 2017.
Peta Susu dan Peta Buah-buahan
Taiwan telah memecahkan halangan kaedah konvensional dalam perniagaan
runcit dan pengedaran serantau, ia membantu petani dan pengilang supaya
mereka boleh cepat beralih ke era e-dagang mudah alih dan membangunkan
perniagaan mereka.
Pada bulan Mei tahun 2017, OwlChain yang
dilancar oleh OwlTing adalah sistem penghasilan makanan berasaskan
Ethereum yang pertama di dunia, dan seterusnya OwlNest yang merupakan
perkhidmatan pengurusan hotel blockchain pertama di dunia dilancar pada
bulan November.
OwlTing, dengan ibu pejabat di Taipei, Taiwan
beroperasi antarabangsa dengan pejabat cawangan di Amerika Syarikat,
Jepun dan Malaysia, ia juga akan terus berkembang ke Eropah pada tahun
2018.
Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi:
Lesley Kuo
lesley@owlting.com
SUMBER : OwlTing
No comments:
Post a Comment