Wednesday, November 8, 2017

SEMINAR ANTARABANGSA PENGAJIAN LEPASAN IJAZAH (SAPLI 2017) KALI KE- 4 KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR KUIS

TARIKH : 1 & 2 NOVEMBER 2017
TEMPAT : DE PALMA HOTEL SHAH ALAM SELANGOR, MALAYSIA


KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- 
Kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan Menteri Besar Dato’ Seri Mohamed Azmin Bin Ali telah memberi dan meluluskan permohonan dana yang begitu besar sekali bagi melaksanakan Seminar Antarabangsa Pengajian Lepasan Ijazah kali ke-4 atau lebih dikenali dengan nama SAPLI 2017.

Seminar ini ialah satu platform untuk perkongsian ilmu mengenai peri pentingnya kehidupan yang berkualiti berteraskan pembangunan ummah. Sesuai dengan tema “Penyelidikan Berkualiti Menjana Pembangunan Ummah”, seminar ini akan memberikan ruang dan peluang kepada para cendekiawan untuk berkongsi ilmu, idea dan pengalaman dengan pakar dalam pelbagai bidang. Seminar ini juga adalah satu wadah ilmu yang mewujudkan jaringan kerjasama antara universiti, negara dan cendekiawan untuk memartabatkan al-Quran dan as-Sunnah bukan sahaja sebagai panduan hidup ummah tetapi juga untuk mengembalikan kewibawaan dan membina peradaban umat Islam yang cemerlang sepertimana yang pernah dilalui oleh cendekiawan Islam pada masa lampau.

Seminar yang telah dijalankan selama 2 hari pada 1 dan 2 November 2017 menampilkan 82 orang pembentang daripada Malaysia, Thailand dan juga Brunei Darussalam. Manakala seramai 7 orang peserta daripada Brunei Darussalam dan Cyberjaya  College Of Medical Sciences.

Turut Hadir pada  seminar ini ialah :-

YBhg. Prof. Dato’ Dr. Ab Halim bin Tamuri
Rektor KUIS

YBhg. Prof. Dr. Muhammad Syukri Salleh
Mantan Pengarah Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam Universiti Sains Malaysia

Yang Mulia Dr. Hajah Rose binti Abdullah
Pengarah Pusat Penerbitan dan Penyelidikan Universiti Sultan Sharif Ali (UNISSA), Brunei Darussalam

YBhg.Dr. Mokmin Basri
Timbalan Rektor (Akademik & Penyelidikan), KUIS
 

Turut diadakan dalam seminar ini, pelancaran buku SAPLI 2015 bertajuk "Multidisplin Ilmu Penyelidikan" oleh Dato' Dr. Ab Halim bin Tamuri Rektor KUIS

Untuk Maklumat lanjut boleh berhubung dengan Bahagian Pemasaran dan Komunikasi KUIS di talian 0389117072 atau layari laman sesawang di www.kuis.edu.my atau laman sosial www.facebook.com/FBKUIS


SUMBER : Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

No comments:

Post a Comment