HANGZHOU, China, 22 Nov., 2017 /Xinhua-AsiaNet/--
Pada
18 November 2017, sebuah "perhimpunan keluarga" khas telah diadakan
di Daerah Xiaoshan di Kota Hangzhou, satu daripada daerah bandar yang
paling maju di timur China. 800 orang Xiaoshan, yang merupakan
tokoh-tokoh terkemuka di pelbagai sektor merentasi negara itu dan dunia,
kembali ke kampung halaman untuk majlis perjumpaan itu di bawah
pelawaan kerajaan Daerah Xiaoshan untuk pertama kalinya.
Selepas
hampir 40 tahun pembangunan, Xiaoshan, yang terkenal sebagai
sebuah bandar raya usahawan dan reformis, telah berubah menjadi sebuah
daerah bandar antarabangsa yang lazim pada masa sekarang dari sebuah
ekonomi kaunti yang terkemuka di China dengan pencapaian ekonomi
perbandaran yang mantap. Xiaoshan terletak di tebing selatan di Sungai
Qiantang di China. Daerah moden ini adalah tempat utama bagi Sidang
Kemuncak G20 Hangzhou. Ia terkenal kerana pembangunan ekonomi mereka dan
telah berulang kali memenangi tempat pertama dengan destinasi terbaik
untuk pelaburan di tanah besar China. Sejak reformasi dan pembukaan di
China, orang ramai di Xiaoshan telah mencipta suatu keajaiban dalam
perkembangan ekonomi persendirian di China.
Lu Guanqiu, yang baru
sahaja meninggal dunia, berasal dari Xiaoshan. Beliau dianggap sebagai
"godfather" atau orang berpengaruh dalam perusahaan milik
persendirian
di China. Pada akhir 1970-an, beliau mengasaskan Kumpulan Wanxiang dan
berkembang menjadi OEM pertama di China yang membekalkan komponen dan
alat ganti automobil kepada General Motors. Anak syarikatnya di Amerika
Syarikat telah membuka berdozen perniagaan di 26 negeri di Amerika
Syarikat dan telah mewujudkan lebih 8,000 peluang pekerjaan di Amerika
Syarikat. Negeri Illinois mengisytiharkan 12 Ogos pada setiap tahun
sebagai "Hari Wanxiang" sebagai pengiktirafan di atas sumbangan syarikat
China itu kepada negeri berkenaan.
Sejak ditubuhkan pada tahun
1986 sebagai sebuah syarikat kimia, Kumpulan Chuanhua telah mula
berkembang untuk menjadi sebuah perusahaan persendirian moden yang
terkenal dan pelbagai.
Dalam tahun-tahun kebelakangan ini,
Xiaoshan, "heavyweight” atau ekonomi paling berpengaruh di China,
memikul misi untuk "menggerakkan peralihan ekonomi dan sosial yang
menyeluruh menerusi transformasi bandar raya." Kerajaan tempatan
menyedari bahawa inovasi adalah pemacu nombor satu untuk
pembangunan.
Pelabuhan
Maklumat Teluk Hangzhou, yang terletak di Zon Pembangunan Ekonomi
dan Teknologi Xiaoshan, merupakan sebuah platform "inkubasi" yang
penting bagi industri Internet di Xiaoshan. Di sini telah mengumpulkan
lebih daripada 30 syarikat Internet terkenal di China dan telah menjadi
daya penggerak penting bagi Xiaoshan untuk melangkah ke hadapan dari
sebuah kawasan pembuatan kepada sebuah kawasan ekonomi maklumat.
Pada
masa ini, bentuk perindustrian baharu Xiaoshan, dengan pembuatan
pintar sebagai terasnya, sedang berkembang. Pakatan data besar
perindustrian China yang pertama dan makmal data besar perindustrian
yang pertama telah diwujudkan di Xiaoshan. Gergasi Internet seperti
Alibaba dan Netease, serta syarikat AI yang terkemuka kesemuanya telah
memilih untuk menetap di sana.
Tempat utama bagi Sidang Kemuncak
G20 Hangzhou ialah Pusat Ekspo Antarabangsa Hangzhou di Xiaoshan. Blok
di mana ia ditempatkan – Bandar Raya Ekspo Sukan Olimpik akan juga
menjadi tuan rumah kepada Sukan Asia Hangzhou 2022.
Menurut
statistik, dari 25 September 2016 ketika pusat itu dibuka
sehingga sekarang, ia telah menganjurkan keseluruhannya lebih 1,800
persidangan dan 37 pameran dengan jumlah ruang pameran lebih dari 3.5
juta meter persegi. Dewan Experience bagi Sidang Kemuncak G20 telah
menerima satu juta kunjungan.
Meraih pengiktirafan daripada
penganjur persidangan antarabangsa, Pusat Ekspo Antarabangsa Hangzhou
pada tahun 2017 berjaya menyertai ICCA (Persatuan Kongres &
Konvensyen Antarabangsa), dan menjadi ahli tunggal di China bagi
UIA (Persatuan Kesatuan Antarabangsa). Pada masa akan datang, akan
terdapat lebih banyak pameran, persidangan dan acara kebudayaan
antarabangsa.
Adalah difahamkan bahawa Xiaoshan akan dibina ke
dalam bandar raya pameran yang paling dinamik di China dan destinasi
utama dunia bagi konvensyen dan pameran. Dianggarkan bahawa menjelang
tahun 2019, jumlah hasil pameran akan mencapai lebih 15 bilion yuan (2.3
bilion dolar Amerika) dan akan ada lebih 1,000 persidangan antarabangsa
yang akan dianjurkan. Ia boleh diramalkan bahawa Xiaoshan akan dengan
itu membangunkan sebuah industri baharu -- pameran bertaraf mewah.
Selepas
Sidang Kemuncak G20 Hangzhou, Xiaoshan telah menjadi sebuah
daerah bandar yang penting yang menghubungkan Hangzhou dengan dunia.
Pada masa akan datang, daerah itu akan dengan bersungguh-sungguh
membangunkan industri konvensyen dan pameran, dan semua usaha akan
dibuat untuk membinanya menjadi sebuah bandar raya antarabangsa China
yang berdasarkan kepada konsep "Pameran +".
SUMBER: Kerajaan Daerah Xiaoshan
Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=301333
No comments:
Post a Comment