Pembekal
Telekomunikasi Terbesar Arab Saudi Menyertai Pakatan untuk Membantu
Perusahaan Meningkatkan Kadar Kejayaan bagi Inisiatif Strategik
RIYADH, Arab Saudi, 22 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) --
Inisiatif Brightline hari ini mengumumkan bahawa Syarikat Telekom Saudi
(STC) akan menyertai pakatan Inisiatif Brightline untuk membantu
meningkatkan disiplin bagi pengurusan inisiatif strategik dan merapatkan
jurang di antara reka bentuk dan penyampaian strategi perusahaan.
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran penuh di sini: http://www.businesswire.com/news/home/20171121005474/en/
Perjanjian
inisiatif itu telah ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif
Kumpulan STC, Dr. Khaled Biyari dan oleh Pengarah Eksekutif Brightline
Ricardo Vargas.
Dilancarkan pada awal tahun 2017 oleh Project
Management Institute (PMI), Boston Consulting Group (BCG) dan Agile
Alliance, Inisiatif Brightline adalah sebuah pakatan bukan komersil yang
berdedikasi untuk membantu kumpulan eksekutif merapatkan jurang yang
mahal dan tidak produktif di antara reka bentuk dan penyampaian
strategi.
"STC mempunyai kepakaran yang mendalam dan kejayaan
yang masyhur di dalam membina dan melaksanakan strategi. Kami tidak
sabar-sabar untuk menyertai sebuah pakatan yang menyatukan organisasi
dan ahli akademik terkemuka di seluruh dunia untuk menangani isu
perniagaan kritikal dalam penyampaian strategi yang berjaya," kata Ketua
Pegawai Eksekutif Kumpulan STC, Dr. Khaled Biyari. Beliau menambah:
"Bagi STC, keupayaan ini adalah teras dalam menakluki peluang-peluang
baru muncul di MENA dan pada masa yang sama kekal sebagai sebuah
pemimpin di dalam ICT dan menguruskan cabaran keseluruhan pada
tahun-tahun akan datang."
Sebuah laporan
dari satu kaji selidik pelbagai sektor global di kalangan 500 eksekutif
kanan yang dijalankan oleh The Economist Intelligence Unit (EIU) dan
ditugaskan oleh Inisiatif Brightline mendapati bahawa hampir 90%
daripada responden kaji selidik global itu mengakui bahawa mereka gagal
untuk mencapai kesemua matlamat strategik mereka kerana mereka tidak
melaksanakannya dengan baik, dan lebih daripada separuh (53 peratus)
bersetuju bahawa keupayaan penghantaran yang tidak mencukupi telah
meletakkan mereka pada kedudukan yang tidak kompetitif.[1]
Pengarah
Eksekutif Brightline Ricardo Vargas berkata, "Inisiatif Brightline
mengalu-alukan STC ke dalam pakatan kami yang semakin bertambah ketika
kami membantu organisasi merapatkan jurang pelaksanaan strategi dalam
suatu era disruptif dan cabaran sosial dan ekonomi. Adalah penting untuk
menyatakan bahawa strategi hanyalah merupakan pelan pasif di atas
sekeping kertas melainkan organisasi mencari jalan untuk mempengaruhi
tingkah laku pekerja dan menanamkan cara baharu untuk bekerja bersama."
Maklumat mengenai Inisiatif Brightline
Inisiatif
Brightline adalah sebuah pakatan yang terdiri daripada organisasi
global yang terkemuka yang membantu eksekutif merapatkan jurang yang
mahal dan tidak produktif di antara strategi reka bentuk dan strategi
penyampaian. Brightline menjalankan penyelidikan pemikiran kepimpinan
dan menggalakkan amalan terbaik yang direka untuk meningkatkan keupayaan
sesebuah organisasi bagi menyampaikan maksud strategik.
Maklumat mengenai STC
Dengan
beribu pejabat di Riyadh, Kumpulan Telekom Saudi adalah yang terbesar
di Timur Tengah dan Afrika Utara berdasarkan kepada nilai pasaran mereka
kerana ia menjanakan lebih 51,825 bilion riyal (13,825 bilion dolar)
dalam hasil yang boleh direalisasikan pada tahun 2016 dan 8,539 bilion
riyal (2,277 bilion dolar) sebagai pendapatan bersih. STC ditubuhkan
pada tahun 1998 dan pada masa ini mempunyai kira-kira 100,000,000
pelanggan di seluruh dunia dan di mana mereka menyediakan penyelesaian
berinovatif yang berasaskan kepada pengetahuan berteknologi tinggi. Ia
memberi tumpuan kepada menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan
menerusi sebuah rangkaian gentian optik yang merangkumi 137,000
kilometer merentasi Asia, Timur Tengah dan Eropah. Di Arab Saudi (tapak
operasi utama kumpulan itu) STC mengendalikan rangkaian mudah alih moden
yang terbesar di Timur Tengah kerana ia merangkumi lebih 99% kawasan
penduduk negara itu selain menyediakan jalur lebar mudah alih 4G kepada
lebih 85% penduduk merentasi Kerajaan Arab Saudi. Selain itu, operasi
utama mereka di Arab Saudi, yang ia miliki 100%, pelaburan STC termasuk
pemilikan 100% di dalam Viva Bahrain, 51.8% saham di Viva Kuwait bersama
dengan kontrak pengurusan, 35% saham di Oger Telecom Limited di Emiriah
Arab Bersatu dan yang menguasai Turk Telecom, Avea di Turki, Cell-C di
Afrika Selatan, 25% saham di Binariang GSM Holding di Malaysia yang
mengendalikan kedua-dua Maxis di Malaysia dan Aircel di India. Sebagai
tambahan kepada yang dinyatakan di atas, STC mempunyai pelaburan dalam
teknologi maklumat, kandungan, pengedaran, pusat hubungan dan hartanah,
yang kesemuanya menyokong operasi telekom mereka merentasi Timur Tengah.
1] Economist Intelligence Unit (EIU), "Merapatkan Jurang: Mereka bentuk dan Menyampaikan sebuah Strategi yang Berfungsi", 2017.
Lihat versi sumber di businesswire.com: http://www.businesswire.com/news/home/20171121005474/en/
Hubungi
Inisiatif Brightline
Tahirou Assane, +1 613-981-8211
Pengarah bagi Operasi dan Program
tahirou.assane@brightline.org
Sumber: Inisiatif Brightline
No comments:
Post a Comment