CHIBA, Jepun, 15 Nov., 2017 /Kyodo JBN-AsiaNet/--
Kerajaan
Wilayah Chiba sedang mengendalikan dua buah kedai antena di Lapangan
Terbang Antarabangsa Narita di bandar raya wilayah Narita, dan akan
membuka sebuah lagi di JP Tower KITTE di daerah Marunouchi di Chiyoda
Ward, Tokyo, kesemuanya untuk tempoh yang terhad, dalam usaha untuk
menarik perhatian orang ramai mengenai daya tarikan Chiba.
Barang-barang
istimewa Wilayah Chiba akan dan bakal dijual dan pelbagai acara promosi
mengenai daya tarikan Chiba diadakan di kedai-kedai ini.
Pegawai-pegawai
kerajaan wilayah telah melahirkan harapan agar seramai mungkin orang
akan mengunjungi kedai-kedai antena ini yang dilengkapi dengan daya
tarikan Chiba.
(Imej:
https://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M102229/201711147931/_prw_PI1fl_lQXC4M7h.jpg)
JP Tower KITTE (Nama bagi kedai antena itu: Chiba I-CHI-BA)
- Lokasi: Zon Persembahan, Bandar Raya Tokyo i di B1, JP Tower KITTE: 2-7-2,
Marunouchi, Chiyoda Ward, Tokyo
- Tempoh: 29 hari dari Sabtu, 18 November, hingga Sabtu, 16 Disember, 2017
- Waktu perniagaan: 9:00-19:30 (dibuka pada tengah hari pada hari pertama dan ditutup pada 17:00 pada hari terakhir)
- Acara:
(1) Acara pembukaan: Sabtu, 18 November, 13: 00-
Satu rancangan temu bual oleh Chiaki, seorang selebriti dari Wilayah Chiba; satu upacara penyampaian setem peribadi, dll.
(2) Hari CHI-BA + KUN: Sabtu, 2 Disember, 9: 00-
Watak
maskot Wilayah Chiba "CHI-BA+KUN" akan berkhidmat sebagai pengurus
kedai itu untuk satu hari, dan sesi bergambar dengan CHI-BA+KUN akan
juga diadakan bersama-sama dengan acara-acara lain.
Lapangan Terbang Antarabangsa Narita
- Lokasi:
(1) PUSAT DAGANGAN CHIBA
Terminal 1, 4F 1-1, Goryo Bokujo, Sanrizuka, Narita, Wilayah Chiba
(2) CHIBA BOUKYO
Terminal 2, 4F 1-1, Furugome, Narita, Wilayah Chiba
- Tempoh: Jumaat, 4 Ogos, 2017, hingga Sabtu, 31 Mac, 2018 (dibuka tujuh hari seminggu)
- Waktu perniagaan:
(1) PUSAT DAGANGAN CHIBA: 7:30-20:30
(2) CHIBA BOUKYO: 7:30-21:00
SUMBER: Kerajaan Wilayah Chiba
No comments:
Post a Comment