Thursday, November 2, 2017

USAHA KEWARGANEGARAAN P&G - SUATU KUASA UNTUK KEBAIKAN DAN SUATU KUASA UNTUK PERTUMBUHAN

P&G Menonjolkan Sumbangan kepada Masyarakat, Komuniti dan Alam Sekitar dalam Laporan Kewarganegaraan 2017

CINCINNATI, 1 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Syarikat Procter & Gamble (NYSE:PG) hari ini mengeluarkan Laporan Kewarganegaraan mereka untuk  tahun 2017, yang memperincikan kemajuan di dalam memperbaiki keadaan sosial bagi mereka yang memerlukan, memajukan Kepelbagaian & Penyertaan, membina sebuah dunia yang bebas daripada sikap berat sebelah berhubung jantina di dalam dan di luar Syarikat itu dan mengurangkan tapak kehadiran alam sekitar mereka. Memandangkan P&G beroperasi di kira-kira 70 buah negara dan memberi perkhidmatan kepada hampir lima bilion orang, Syarikat itu berusaha memanfaatkan jenama dan kakitangan mereka untuk menjadikan dunia ini sebagai sebuah tempat yang lebih baik melalui usaha-usaha Kewarganegaraan mereka.

"Usaha Kewarganegaraan kami adalah satu peluang yang menguntungkan semua pihak bagi perniagaan kami, bagi komuniti kami, dan secara lebih luas, untuk masyarakat kami," kata David Taylor, Pengerusi Lembaga Pengarah, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif P&G. "Pengguna mengambil berat tentang syarikat itu di sebalik jenama yang mereka beli dan gunakan. Mereka ingin tahu bahawa produk yang mereka beli itu datang daripada sumber yang boleh dipercayai, dan kami berusaha untuk membangunkan kepercayaan itu pada setiap hari."

P&G menerbitkan sebuah laporan kemampanan setiap tahun sejak tahun 1999 tetapi memperluaskannya bermula pada tahun 2016 untuk memasukkan suatu gambaran keseluruhan yang lebih komprehensif mengenai keutamaan kewarganegaraan Syarikat itu. Dari menyokong lebih daripada 20 bencana dengan sumbangan produk dan perkhidmatan, kepada mencetuskan perbualan tentang kesaksamaan jantina dan prasangka perkauman, kepada menjadi perintis kepada pembuatan botol syampu yang pertama yang boleh dikitar semula di dunia yang dibuat dengan menggunakan plastik pantai, cerita-cerita dan contoh di dalam laporan Kewarganegaraan 2017 P&G yang menunjukkan bahawa kewarganegaraan yang berinovatif boleh memberikan impak positif yang signifikan terhadap dunia dan perniagaan mereka.

Maklumat penting di dalam Laporan Kewarganegaraan P&G 2017 termasuk:
  • Impak Komuniti: P&G menyampaikan air minum bersih mereka yang ke-12 bilion liter pada tahun 2017 menerusi Program Air Minum Selamat Kanak-kanak P&G, dan menyasarkan untuk menyampaikan 15 bilion liter menjelang tahun 2020. Jenama Pampers P&G bekerjasama dengan jururawat di Unit Penjagaan Rapi Neonatal (NICU) untuk mereka bentuk dan memperkenalkan lampin pakai buang yang pertama untuk bayi pramasa  – lampin Pampers Preemie Swaddlers Saiz P-3. Di samping itu, P&G memberikan sokongan sebagai tindak balas kepada lebih daripada 20 bencana alam di seluruh dunia.
  • Kepelbagaian dan Penyertaan: P&G menyertai Tindakan Ketua Pegawai Eksekutif untuk Kepelbagaian & Penyertaan, komitmen perniagaan yang diterajui oleh Ketua Pegawai Eksekutif yang terbesar untuk memajukan kepelbagaian dan penyertaan di tempat kerja. P&G juga menaja Sukan Kerusi Roda Veteran Kebangsaan ke-37 di kampung asalnya di Cincinnati, Ohio, untuk memberikan kuasa kepada lebih daripada 550 orang veteran untuk hidup lebih aktif dan sihat.
  • Kesaksamaan Jantina: Bersempena dengan Hari Wanita Antarabangsa 2017, P&G melancarkan video #WeSeeEqual, yang telah ditonton berjuta kali di 180 buah negara. P&G menyertai pergerakan ANA#SeeHer dan Perikatan Wanita yang Bukan Stereotaip PBB untuk menumpukan perhatian pada menghapuskan stereotaip dan menggambarkan secara tepat wanita dan kanak-kanak perempuan di dalam pengiklanan. Sepanjang tahun fiskal yang lalu, P&G membelanjakan lebih dari $1 bilion dengan perniagaan yang dimiliki wanita di Amerika Syarikat melalui program  Kepelbagaian Pembekal mereka, dan memperluaskan program itu ke semua lima wilayah global.
  • Tanggungjawab Alam Sekitar: P&G membuka sebuah kemudahan biomas di Albany, Ga., yang menghasilkan 100 peratus stim dan sebahagian besar daripada jumlah tenaga itu digunakan untuk membuat produk Bounty dan Charmin di kilang pembuatan berkenaan, satu pencapaian yang akan membantu mencapai matlamat Syarikat untuk menggunakan 30 peratus tenaga yang boleh diperbaharui menjelang tahun 2020. Saintis P&G mencipta satu teknologi yang berpotensi untuk merevolusikan industri kitar semula plastik yang membolehkan plastik polipropilena dikitar semula ke dalam keadaan yang hampir baharu. Sebagai sebahagian daripada komitmen P&G untuk menghantar sifar sampah pembuatan ke tapak pelupusan sampah dari semua tapak perkilangan mereka di seluruh dunia menjelang tahun 2020, lebih daripada 70 peratus tapak mereka di 23 buah negara kini telah mencapai status ini.

Ringkasan Eksekutif bagi laporan itu, serta versi yang lebih terperinci, boleh dilihat di sini.
 
Maklumat mengenai Procter & Gamble

P&G memberi perkhidmatan kepada pengguna di seluruh pelusuk dunia dengan satu daripada portfolio yang paling kukuh yang melibatkan jenama-jenama yang boleh dipercayai, berkualiti, dan berkepimpinan, termasuk Always®, Ambi Pur®, Ariel®, Bounty®, Charmin®, Crest®, Dawn®, Downy®, Fairy®, Febreze®, Gain®, Gillette®, Head & Shoulders®, Lenor®, Olay®, Oral-B®, Pampers®, Pantene®, SK-II®, Tide®, Vicks®, dan Whisper®. Komuniti P&G termasuk operasi di kira-kira 70 buah negara di seluruh dunia. Sila layari http://ww.pg.com untuk mendapatkan berita dan maklumat terkini mengenai P&G dan jenama mereka.

Hubungi

Procter & Gamble
Damon Jones – 513-983-0190
Jones.dd@pg.com
Atau
Julie deSylva – 513-780-0006
Desylva.j@pg.com

Sumber: Syarikat Procter & Gamble

Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20171031005437/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.


--BERNAMA

No comments:

Post a Comment