CHARLOTTE, N.C., 27 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Lightbridge Corporation (NASDAQ:LTBR) dan AREVA NP
menandatangani tiga perjanjian mengikat yang membolehkan syarikat untuk
segera memajukan pembangunan teknologi bahan api berlogam Lightbridge
yang inovatif dan melindungi semua harta intelek yang berkenaan
sementara mereka memuktamadkan usaha sama mereka. Lightbridge merupakan
syarikat pembangunan bahan api A.S. manakala AREVA NP pula merupakan
peneraju dalam penservisan dan pembekalan kumpulan reaktor masa kini
serta kemajuan tenaga nuklear untuk masa depan.
Ketiga-tiga
perjanjian tersebut termasuk Perjanjian Perkhidmatan Penyelidikan dan
Pembangunan, Perjanjian Pemilikan Bersama dan Tambahan Harta Intelek.
Semua perjanjian ini merupakan bahagian penting usaha sama yang dalam
pertimbangan dan akan mendokumentasi perjanjian akhir untuk hak harta
intelek. Usaha sama ini dijangka akan bermula pada suku tahun pertama
2018.
Teknologi bahan api Lightbridge yang inovatif direka untuk
meningkatkan ekonomi serta keselamatan loji kuasa nuklear sedia ada dan
baharu dengan ketara. Ketiga-tiga perjanjian tersebut akan meliputi
pentadbiran aktiviti penyelidikan dan pembangunan bersama, serta
pemilikan harta intelek, termasuk geran hak penggunaan berdasarkan
royalti kepada harta intelek sedia ada, serta pemilikan bersama (pada
asas pembahagian 50-50) harta intelek baharu yang terhasil daripada
aktiviti pembangunan bahan api bersama pada masa hadapan.
Seth
Grae, Presiden dan CEO Lightbridge, berkata: “Keperluan untuk
penyelesaian inovatif untuk meningkatkan ekonomi dan daya saing tenaga
nuklear semakin hari semakin meningkat. Perjanjian yang kami umumkan
hari ini membolehkan kami untuk memajukan pembangunan bahan api berlogam
Lightbridge yang inovatif dengan cepat dan merupakan satu langkah besar
ke arah pengewangan harta intelek kami. Teknologi bahan api Lightbridge
yang inovatif direka untuk menjadikan reaktor sedia ada lebih berdaya
saing dengan sumber tenaga lain, yang sangat diperlukan sekarang
memandangkan beberapa loji nuklear A.S. yang diuruskan dengan baik
menghadapi penutupan lebih awal dan projek pembinaan baru dibatalkan.”
Gary
Mignogna, Presiden dan CEO AREVA Inc., berkata: “Perjanjian ini
merupakan langkah penting ke arah menubuhkan usaha sama kami dengan
Lightbridge bagi membawakan teknologi bahan api berlogam mereka yang
canggih untuk menembusi pasaran. Kerjasama seperti ini adalah penting
untuk memastikan kemudahan tenaga nuklear hari ini mempunyai teknologi
yang diperlukan oleh mereka untuk beroperasi dengan lebih efisien untuk
berpuluh tahun akan datang dan boleh membekalkan tenaga elektrik yang
berkarbon rendah dan boleh diharap secara berterusan.”
Lionel
Gaiffe, Naib Presiden Eksekutif Kanan Unit Perniagaan Bahan Api di AREVA
NP, berkata: “Perjanjian ini mengorak langkah penting untuk
mempercepatkan kerja-kerja reka bentuk, pelesenan dan pembuatan. Pasukan
dan pakar kami daripada bidang kejuruteraan dan pembuatan telah
diberikan kerja dan sangat teruja tentang projek ini. Kami tidak sabar
untuk pengenalan perhimpunan ujian pertama teknologi yang berpotensi
ini. Saya merasa sangat bangga untuk melihat sebuah pasukan
antarabangsa, dari Eropah dan Amerika Syarikat, disepadukan sepenuhnya
dan bekerja bersama dengan pasukan rakan Lightbridge kami.”
Pada 6
September 2017, Lightbridge dan AREVA Inc. (AREVA NP di Amerika Utara)
mengumumkan Perjanjian Terma Utama yang mengikat, yang akan membentuk
asas Perjanjian Pengendalian Usaha Sama. Perjanjian akhir tersebut
dijangka akan ditandatangani pada suku keempat tahun 2017 dan akan
menubuhkan usaha sama tersebut.
Sejak tahun 2011, Lightbridge
telah menerima maklum balas yang berharga berhubung dengan pembangunan
teknologi bahan apinya menerusi Lembaga Penasihat Bahan Api Utiliti
Nuklear yang terdiri daripada empat peneraju utiliti nuklear A.S.
Lightbridge juga menandatangani surat hasrat dengan utiliti nuklear A.S.
untuk mempamerkan bahan apinya di loji kuasa nuklear komersial.
Perihal AREVA NP
AREVA
NP merupakan kuasa antarabangsa utama dalam pasaran tenaga nuklear yang
fokus dalam usaha mereka bentuk, membina, menyelenggara dan memajukan
kumpulan nuklear global. Di Amerika Utara, AREVA NP (Areva Inc.)
menggabungkan pimpinan A.S. dan Kanada untuk menyediakan penyelesaian
inovatif dan teknologi bernilai bagi menyokong operasi kumpulan nuklear
komersial dan bersedia untuk loji kuasa nuklear generasi mendatang.
Dengan memanfaatkan kepakaran 2,300 pekerjanya di Amerika Utara, AREVA
NP membantu pelanggannya meningkatkan keselamatan dan prestasi loji
nuklear mereka serta mencapai matlamat ekonomi dan sosial mereka.
Sertai perbualan tenaga dengan AREVA Inc di Twitter: @AREVA_NP_US, Facebook: AREVAinc dan saluran media sosial lain kami.
Perihal Lightbridge Corporation
Lightbridge
(NASDAQ:LTBR) merupakan sebuah syarikat pembangun teknologi bahan api
nuklear yang berpangkalan di Reston, Virginia, A.S. Syarikat ini
membangunkan teknologi bahan api nuklear generasi mendatang yang
proprietari untuk reaktor sedia ada dan masa hadapan. Teknologi
meningkatkan aspek ekonomi dan keselamatan tenaga nuklear dengan ketara,
beroperasi lebih kurang 1000° C lebih sejuk berbanding bahan api biasa.
Lightbridge mencipta, melindungi paten dan telah mengesahkan teknologi
tersebut dengan sendiri, termasuk kejayaan demonstrasi bahan api dalam
reaktor kajian dengan rancangan jangka masa singkat untuk mempamerkan
bahan api dalam suasana reaktor komersial. Syarikat telah menghimpunkan
pasukan pembangun bertaraf dunia termasuk pakar berpengalaman daripada
pembuat bahan api global. Empat kemudahan elektrik besar yang menjana
lebih kurang separuh tenaga nuklear di A.S. telah memaklumkan
Lightbridge tentang pembangunan dan pengerahan bahan api. Syarikat
tersebut beroperasi di bawah model pelesenan dan royalti yang disahkan
sendiri dan berdasarkan peningkatan tenaga yang dijana oleh bahan api
yang direka oleh Lightbridge, serta ROI yang tinggi untuk operator
reaktor sedia ada dan baharu. Faedah ekonomi telah dipertingkatkan lagi
dengan kredit karbon dijangka yang tersedia di bawah Loji Kuasa Bersih.
Lightbridge juga membekalkan perkhidmatan nasihat menyeluruh untuk
program nuklear yang sudah mapan atau bakal muncul berdasarkan falsafah
ketelusan, tidak tercemar, keselamatan dan kejayaan operasi. Untuk
mendapatkan maklumat lanjut, sila lawati: www.ltbridge.com.
Untuk menerima kemas kini tentang Lightbridge Corporation melalui e-mel, langgan http://ir.ltbridge.com/alerts.cfm.
Lightbridge juga berada di Twitter. Daftar masuk untuk mengikuti Lightbridge di Twitter: @LightbridgeCorp di http://twitter.com/lightbridgecorp.
Hubungan Akhbar AREVA NP:
Karen Heinold
(434) 856-6560
media.relations@areva.com
Hubungan Lightbridge:
David Waldman/Natalya Rudman
Crescendo Communications, LLC
Tel. +1 855-379-9900
ir@ltbridge.com
SUMBER : Lightbridge Corporation
No comments:
Post a Comment