Thursday, July 11, 2019

"EKSPRESI MEDIA - LEMBAH BUJANG 2019" TOURISM MALAYSIA BAWA PESERTA JEJAKI SEJARAH KERAJAAN KEDAH TUA

SUNGAI PETANI11 Julai (Bernama) -- Seramai 25 pengamal media cetak dan media dalam talian dari pelbagai agensi di Malaysia akan mengambil bahagian dalam program “Ekspresi Media – Lembah Bujang 2019” anjuran Tourism Malaysia dari 8 hingga 11 Julai. Inisiatif ini bertujuan untuk merapatkan hubungan antara Tourism Malaysia dengan para pengamal media dan pada masa yang sama menggalakkan mereka untuk mempromosikan produk pelancongan di Kedah sempena kempen Melawat Malaysia 2020.

Edisi kedua program ini masih mengekalkan konsep yang sama iaitu lawatan suai kenal yang berbentuk interaktif melibatkan pelbagai aktiviti seperti bersiar-siar sambil mengenali dan memeriksa produk pelancongan baharu, merasai sendiri pengalaman melawat tempat-tempat menarik yang baharu dan sedia ada,serta mendengar taklimat mengenai produk pelancongan oleh para penggiat industri pelancongan. Pendekatan ini diambil untuk memberi para peserta program pengalaman yang serba lengkap mengenai produk pelancongan Kedah. Program sebegini juga diharapkan akan dapat mengeratkan jalinan hubungan antara pihak media dengan sektor kerajaan dan swasta yang berkaitan dengan industri pelancongan.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12337

No comments:

Post a Comment