Friday, July 12, 2019

HYTERA MENGELUARKAN KERTAS PUTIH APLIKASI MISI KRITIKAL KE ATAS RANGKAIAN JALUR LEBAR PENGENDALI




SHENZHEN, China, 5 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hytera, sebuah penyedia terkemuka dunia bagi peralatan dan penyelesaian komunikasi tanpa wayar profesional dan persendirian, telah mengumumkan pengeluaran satu kertas putih yang berjudul “Aplikasi Misi Kritikal Ke Atas Rangkaian Jalur Lebar Pengendali” hari ini.
 
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190704005195/en/

Hytera telah menjadi sebuah rakan yang boleh dipercayai dengan pengendali Radio Mudah Alih Persendirian (PMR) secara global di dalam industri keselamatan awam, utiliti awam, pengangkutan, tenaga dan komersial selama lebih dari 20 tahun. Dengan pengalaman industri yang kaya, pemahaman yang mendalam tentang keperluan pengguna akhir dan satu visi yang berpandangan ke hadapan untuk pembangunan industri perhubungan, Hytera telah melancarkan kertas putih ini untuk menyediakan kepada pelanggan dengan bimbingan yang berpandangan jauh.

Kertas putih itu membincangkan perkembangan mengenai teknologi komunikasi dan keperluan bagi teknologi jalur lebar untuk menyokong dan meningkatkan operasi harian dan tindak balas kecemasan kepada pengguna akhir misi kritikal dan perniagaan kritikal.

Kertas putih itu membawa perbincangan selanjutnya dengan menyediakan cadangan dan analisis bagi model penempatan yang berbeza untuk perkhidmatan misi kritikal ke atas satu rangkaian jalur lebar dan menggalakkan MNO untuk menjalin kerjasama dengan agensi-agensi keselamatan awam dan pemilik perniagaan, dengan Hytera menyediakan kepakaran teknikal dan pengalaman luas mereka.

Hytera, yang dilengkapi dengan wawasan yang unik mengenai trend pembangunan industri, memainkan satu peranan penting di dalam industri komunikasi.
Hytera akan, seperti biasa, komited untuk memenuhi keperluan pelanggan di dalam industri yang berbeza dengan penyelidikan dan inovasi teknologi yang bebas.
 
Muat turun kertas putih itu di sini: https://www.hytera.com/html/mvno/index.html

 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190704005195/en/


Hubungi
Jean Shen
jean.shen@hytera.com

Sumber: Hytera

No comments:

Post a Comment