Monday, July 1, 2019

JEPUN MENGALU-ALUKAN PEMIMPIN-PEMIMPIN DUNIA UNTUK SIDANG KEMUNCAK G20 MEREKA YANG PERTAMA DI OSAKA

Tiga puluh tujuh kerajaan dan organisasi berkumpul di bandar raya kedua di negara itu untuk menangani isu-isu global


OSAKA, Jepun, 1 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pada 28 dan 29 Jun, Jepun telah menganjurkan Sidang Kemuncak G20, yang dihadiri oleh kesemua 20 anggota dan 17 tetamu jemputan. Diadakan di Osaka, bandar raya kedua terbesar di Jepun, ini merupakan kali pertama bagi Jepun menjadi tuan rumah sebuah Sidang Kemuncak G20, setelah sebelum ini menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak G7 pada tahun 2016 di Ise-Shima.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190630005053/en/

Pada Sidang Kemuncak tahun ini, pemimpin-pemimpin telah membincangkan topik-topik penting di dalam agenda global. Satu isu yang penting ialah sampah plastik marin, satu masalah yang diakui sebagai mempengaruhi ekosistem marin pada skala global.

Untuk menunjukkan komitmen terhadap isu ini, Sidang Kemuncak G20 Osaka telah mempromosikan Kempen Pintar Plastik anjuran Kementerian Alam Sekitar bersama-sama dengan konsep “3 R (Kurangkan, Guna Semula, Kitar Semula) dan Boleh Diperbaharui” dengan tindakan seperti tidak menggunakan botol dan penyedut minuman plastik dan memperkenalkan bahan-bahan yang boleh diperbaharui di tapak. Sepanjang tempoh sidang kemuncak itu, tidak ada produk plastik guna sekali, termasuk botol, cawan, penyedut minuman, dan pinggan mangkuk disediakan. Sebaliknya, peserta disediakan dengan barang alternatif, produk dan perkhidmatan yang boleh diguna semula.

Perkara lain pada agenda Sidang Kemuncak itu termasuk ekonomi, perdagangan dan pelaburan, inovasi, pekerjaan, pemerkasaan wanita, pembangunan dan kesihatan, yang kesemuanya menjadi tumpuan bagi perbincangan yang produktif.

Di luar bilik-bilik mesyuarat, peserta menikmati kebudayaan dan keramahan orang Jepun. Pada hari pertama, mereka telah dialu-alukan ke tempat persidangan itu dengan persembahan kereta berhias kayu danjiri, dan tempat keramat mudah alih mikoshi, kesemuanya digunakan dalam satu daripada festival terkenal di kawasan tempatan. Tempat-tempat dalaman mempamerkan aset unik bagi wilayah Osaka dan Kansai kepada tetamu, termasuk maklumat terkini mengenai Expo 2025. Pemimpin-pemimpin dan pasangan mereka juga disajikan dengan pertunjukan kebudayaan, contoh-contoh warisan Jepun, dan masakan washoku.

Inovasi canggih negara itu dalam bidang termasuk robotik, perubatan, dan angkasa lepas juga mengagumkan pengunjung. Ruang Pameran yang luas memperkenalkan teknologi dan produk Jepun yang berkaitan dengan setiap kategori yang mewakili agenda Sidang Kemuncak itu: “Masyarakat & Inovasi,” “Kesihatan & Inovasi,” “Sampah Plastik Marin & Inovasi.” “Tenaga & Inovasi,” dan “Kerjasama Ekonomi & Inovasi.” Ruang itu juga termasuk pameran mengenai tema seperti “Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik Tokyo 2020,” “Pemulihan Bencana,” “Sumber Pelancongan Jepun” dan “Tradisi.” Sejumlah kira-kira 50 barang pameran itu menggabungkan pelbagai kandungan yang menghiburkan dan bermaklumat, dari panel dan model sehingga kepada video, dan aktiviti amali.

Anggota Sidang Kemuncak G20 itu adalah Argentina, Australia, Brazil, Kanada, China, Perancis, Jerman, India, Indonesia, Itali, Jepun, Mexico, Republik Korea, Republik Afrika Selatan, Rusia, Arab Saudi, Turki, United Kingdom, Amerika Syarikat, dan Kesatuan Eropah.

Imej-imej rasmi yang lain dari Sidang Kemuncak itu boleh didapati untuk kegunaan media dari laman web di bawah:
https://g20.org/en/media/hostphotographer/ 

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20190630005053/en/

Hubungi

Yuki Koda 
Dentsu Public Relations Inc. 
y-koda@dentsu-pr.co.jp

Sumber : Kementerian Hal Ehwal Luar Jepun

No comments:

Post a Comment