Wednesday, July 31, 2019

Keller Williams berkembang ke Malaysia, David Ong sebagai prinsipal operasi serantau

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Keller Williams (KW), firma teknologi hartanah terbesar dunia mengikut pengiraan ejen, sedang berkembang ke Malaysia, dengan David Ong sebagai prinsipal operasi serantau
Ketika ini, KW mempunyai 52 pusat pasaran dan 1,586 ejen di seluruh Asia.
Menurut kenyataan, Ong yang juga merupakan presiden dan pengasas Reapfield Group, yang akan beralih kepada francais KW. Penjenamaan semula Reapfield ke dalam KW Malaysia dijangka selesai pada Q4 2019.
Ditubuhkan pada 1984, Reapfield pada masa ini menawarkan pelbagai jenis pemasaran hartanah, khidmat nasihat, pengurusan dan perkhidmatan transaksi kepada pelanggan di seluruh Malaysia. Firma itu mempunyai 11 pejabat di negara itu.
'’Visi bagi pasukan KW Malaysia adalah sangat besar. Dengan mempunyai lebih 800 ejen pada masa ini, mereka memahami model saling bergantungan itu secara mendalam, dan mereka melihat peluang besar untuk berkembang di seluruh Asia,” kata Presiden Keller Williams Worldwide (KWW) William E. Soteroff.
Setakat 30 Jun, KWW mempunyai 206 pusat pasaran (di luar Amerika Syarikat dan Kanada) merentasi 38 wilayah. Ia mempunyai 8,075 ejen yang secara kolektif beroperasi di luar Amerika Syarikat dan Kanada, meningkat 20.9 peratus sejak akhir suku kedua 2018.
KWW pada masa ini sedang menerokai peluang pengembangan selanjutnya merentasi Afrika, Amerika Tengah dan Selatan, Eropah Tengah dan Timur, dan di seluruh Asia. Maklumat lanjut boleh didapati di https://kw.com.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment