Thursday, July 11, 2019

"MORI BUILDING MUZIUM SENI DIGITAL: TEAMLAB BORDERLESS" UNTUK MERAIKAN ULANG TAHUN PERTAMA

Mengalu-alukan 2.3 juta orang pengunjung dari lebih 160 buah negara

-- Menarik pengunjung dari luar negara sebagai sebuah destinasi utama bagi Tokyo, Jepun --


TOKYO, 11 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- MORI Building MUZIUM SENI DIGITAL: teamLab Borderless, sebuah muzium yang dikendalikan secara bersama oleh Mori Building Co., Ltd, sebuah pemaju landskap bandar yang terkemuka dan teamLab, sebuah kolektif seni digital yang terkemuka di dunia -- mengumumkan bahawa ia meraikan ulang tahunnya yang pertama pada 21 Jun.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190711005282/en/

Muzium itu telah diwujudkan berasaskan kepada konsep tanpa sempadan, pameran berasaskan pengalaman yang berinteraksi secara fizikal dengan pelawat dan membolehkan  pengunjung untuk berinteraksi dengan satu sama lain dalam cara yang unik, bagi meninggalkan mereka dengan perasaan kagum dan tanggapan emosi yang mendalam. Pada tahun pertamanya, muzium itu telah menarik kira-kira 2.3 juta orang pelawat dari lebih 160 buah negara, sama seperti muzium terkemuka yang lain di Jepun termasuk Muzium Nasional Tokyo dan Muzium Seni Kontemporari Abad ke-21, Kanazawa*1. Di samping itu, kira-kira separuh daripada 2.3 juta orang pelawat itu telah datang dari luar negara*2, dan menurut satu soal selidik yang dijalankan oleh muzium itu, ia telah mendedahkan bahawa hampir 50% daripada pengunjung luar negara datang ke Jepun untuk tujuan utama bagi melawat muzium*3 itu.

Selain itu, sebagai sebuah destinasi utama bagi Tokyo di Jepun, muzium itu telah mencergaskan kawasan persisiran di sekelilingnya. Sejak pelancaran muzium itu, Stesen Aomi di Talian Yurikamome, stesen kereta api paling dekat, telah menerima 50% lebih ramai pelawat, dan VenusFort, sebuah kompleks beli-belah yang terletak bersebelahan, telah melaporkan kunjungannya telah meningkat sebanyak 20% berbanding tahun lepas.

*1 Sogo Unicom Co., Ltd. Bahan Industri Riadah Bulanan (Terbitan Sept.) “kedudukan jumlah pelawat dalam kemudahan riadah”, 3 Sept., 2018
*2 Berdasarkan pada data pembelian tiket di laman web rasmi muzium itu.
(Tempoh Kajian: 16 Feb, 2019 – 7 Jun, 2019)
*3 Kajian pengunjung muzium (tempoh kajian: 25 Okt, 2018 – 2 Nov., 2018)

Kira-kira separuh daripada 2.3 juta pelawat datang dari luar negara

Pengunjung ke muzium itu berjumlah kira-kira 2.3 juta orang pada tahun pertama, di mana 50% adalah dari luar negara, yang menyumbang bagi lebih daripada 160 buah negara atau 80% dari semua negara di seluruh dunia. Jumlah pelawat terbesar datang dari Amerika Syarikat, diikuti oleh Australia dan China, bukti bahawa muzium itu menarik pengunjung dari jauh, bukan hanya dari negara berdekatan. Juga, menurut satu soal selidik yang dijalankan oleh muzium itu, ia telah mendedahkan bahawa hampir separuh daripada pelawat luar negara datang ke Jepun untuk tujuan utama bagi melawat muzium itu.

Jumlah 2.3 juta pelawat itu menyamai dengan muzium terkemuka yang lain di Jepun, termasuk Muzium Nasional Tokyo dan Muzium Seni Kontemporari Abad ke-21, Kanazawa. Apabila muzium itu dibuka, tiket tempahan awal telah habis dijual untuk tempoh tiga bulan berikutnya, dan barisan yang terdiri daripada lebih 100 orang pelawat masih dibentuk sebelum waktu pembukaan, baik pada hari bekerja mahupun pada hari cuti.

Menyumbang untuk mewujudkan daya tarikan persisiran Tokyo dengan seni & budaya

Sejak pelancaran muzium itu, pelawat ke kawasan persisiran Tokyo termasuk Odaiba telah meningkat dengan pesat. Stesen Aomi di Talian Yurikamome, stesen kereta api yang paling hampir dengan muzium itu, telah menyaksikan peningkatan penumpang sebanyak 50%, dan pelawat ke VenusFort, kompleks beli-belah yang terletak bersebelahan, telah menikmati kenaikan 20% dari segi pengunjung. Muzium itu juga telah memperluaskan ruang lingkup pelanggan, dengan membantu untuk merangsangkan aktiviti peruncitan di sepanjang keseluruhan kawasan persisiran.

[Kit Media]
https://goo.gl/MpzVss

Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20190711005282/en/

Hubungi

Mori Building Co., Ltd.
Kazuna Takahashi
borderless@mori.co.jp

Sumber : MORI Building MUZIUM SENI DIGITAL: teamLab Borderless

No comments:

Post a Comment